MAHASISWA UPSI KIAN RESAH.

Sehingga kini, mahasiswa UPSI masih tidak mendapat sebarang berita mengenai minggu "study week" untuk semester ini. Berdasarkan takwim akademik yang diluluskan oleh Mesyuarat Khas Senat Kali Ke-12 Bil. 1/2008 pada 20 Jun 2008 menunjukkan bahawa pada semester ini tiada minggu ulangkaji. Ini menyebabkan ramai dalam kalangan mahasiswa menyatakan rasa kerisauan kerana membayangkan bagaimana keadaan peperiksaan tanpa ada minggu persediaan. Namun, sehingga kini, MPPUPSI masih berdiam diri berkenaan isu ini.



"Jika sekiranya anda memilih saya sebagai MPP saya akan pastikan bahawa minggu study week akan dipanjangkan kepada 2 minggu. Saya merupakan pelajar biologi sangat memahami anda kerana dalam masa seminggu untuk mengulangkaji semua tajuk biologi memang tidak mencukupi"
-Petikan dari kata-kata Saudari Norhafizawati binti Mahmad Rozali pada PRK UPSI yang lalu.

Kini, selepas menjawat sebagai MPP selama hampir 4 bulan dan minggu kuliah pula kini mengjangkau minggu kelapan (ke-8), penganalisis masih tidak melihat sebarang tindakan yang diambil oleh beliau. Penganalisis berpendapat nasib mahasiswa UPSI tidak terbela kerana mahasiswa UPSI kini menagih janji-janji manifesto barisan MPP UPSI.


Penganalis : Nantikan senarai manifesto-manifesto MPPUPSI 2008/2009. Mari kita analisis bersama-sama.

EXCO SUKAN DAN REKREASI MPPUPSI ANJUR KEJORA 09

MPPUPSI bukan sahaja menitikberatkan soal kebajikan mahasiswa namun, aspek kesihatan dan kecergasan jasmani turut mendapat perhatian barisan kepimpinan yang baru ini. Atas tekad itu, Exco Sukan dan Rekreasi MPPUPSI akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tertutup UPSI Kali Pertama 2009 (KEJORA '09). Penganalisis menganggap ini adalah satu pembaharuan dalam kepimpinan MPPUPSI sesi 2008/2009. Penganalisis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semoga berjaya kepada MPP dalam penganjuran program sebegini. Berikut adalah maklumat KEJORA '09 :

Tarikh
:
7 dan 8 Mac 2009
Masa
:
7.30 pagi - 6.00 petang
Tempat
:

Padang Utama,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

1.
100m (L/P)
2.
200m (L/P)
3.
400m (L/P)
4.
800m (L/P)
5.
1500m (L/P)
6.
100m Lari Berpagar (P)
7.
110m Lari Berpagar (L)
8.
4 x 100m (L/P)
9.
4 x 200m (L/P)
10.
Lompat Jauh (L/P)
11.
Lompat Kijang (L/P)
12.
Lompat Tinggi (L/P)
13.
Lontar Peluru (L/P)
14.
Lempar Cakera (L/P)
15.
Rejam Lembing (L/P

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Mohd Nor Faiz bin Mat Ali atau Saudari Siti Norhazliza bin Rosli (Exco Sukan dan Rekreasi MPP) di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Bangunan Bitarasiswa.


Penganalisis : Saya pun nak turut sertalah dalam kejohanan ini. Kita berjumpa dia track nanti...

MPPUPSI ANJURKAN FESTIVAL TEATER UPSI 2009

Penganalisis ingin mengucapkan tahniah kepada MPPUPSI kerana berjaya menganjurkan Festival Teater UPSI 2009. Program sebegini mampu mencungkil bakat dan memberi pendedahan yang berguna kepada mahasiswa UPSI. Program anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan MPPUPSI dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan JHEPA ini mendapat sambutan dari semua kolej kediaman. Justeru, penganalisis menyeru kepada semua warga UPSI untuk sama-sama menyokong industri teater UPSI dan semua diijemput hadir. Berikut adalah tentatif Festival Teater UPSI 2009 :





MEMPERKENALKAN BARISAN MPP UPSI 2008/2009

Barisan MPP ini dipilih sendiri oleh mahasiswa melalui pemilihan Majlis Perwakilan pelajar UPSI sesi 08/09 yang dijalankan pada 21 Oktober 2008 yang lalu. Seramai 25 orang telah dipilih untuk menyandang barisan kepimpinan MPP UPSI sesi 08/09 dan 4 orang daripadanya merupakan wakil etnik daripada kalangan kaum Cina, India, Sabah dan Sarawak.

Yang DiPertua : Mohd Hairie Bin Abdullah

Timbalan Yang DiPertua : Nor’Ain Binti Razak

Naib Yang DiPertua : Syaiffuldin Bin Mohamad

Setiausaha Agung : Mohd Razik Bin Khalid

Penolong Setiausaha : Muzaitul Akmar Binti Mohamad

Bendahari : Mohd Asree Bin Abd Aziz

Penolong Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Ab Razak

BARISAN EXCO-EXCO :

Exco Akademik dan Kerjaya : Arif Bin Mohamad

Nur Aqilah Hanis Binti Mohd Yusoff

Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa: Punethn A/L Superminium

Leow Soon Joo

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan : Adriyani Binti Yamin

Mohd Zulhilmi

Exco Latihan dan pembangunan Sahsiah : Norhafizawati Binti Mahmad Rozali

Akmal Bin Madzir

Exco perpaduan dan Integrasi : Boniface Belawan Anak Bubong

Armadi Bin Derus

Exco Ekonomi dan Keusahawanan : Mohd Fitri Bin Amil

Nurul Ilyana Binti Mohamad

Exco Kesenian dan kebudayaan : Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman

Norhisham Bin Che Hamid

Exco Sukan dan Rekreasi : Mohd Nor Faiz Bin Mat Ali

Siti Nor Hazliza Binti Rosli

Exco Penerbitan dan Informasi : Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi

Siti Khairiah Binti Jajuli



Penganalisis : Barisan kepimpinan ini telah dipilih dalam PRKUPSI pada 21 Oktober 2008 bagi menggantikan barisam kepimpinan MPP sesi 2007/2008 yang telah dibubarkan oleh Y. Bhg. TNC HEPA pada 10 Oktober 2008.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum wbt.

Saya merupakan seorang penganalisis politik UPSI dari dulu sehingga kini. Skop dan topik yang diperbincangkan lebih terbuka bagi mematangkan mahasiswa UPSI dalam dunia politik kampus yang sebenar tanpa campur aduk oleh parti politik luar. Saya yakin ramai mahasiswa bersetuju yang barisan MPPUPSI tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Justeru, blog ini akan membantu mahasiswa untuk berfikir lebih rasional dan matang dalam dunia POLITIK KAMPUS. Apakah rasionalnya kerajaan Malaysia mewujudkan Pilihan Raya Kampus (PRK) di seluruh IPTA? Bersama-samalah kita berfikir dan renung-renungkan?

sebarang pandangan bolehlah emailkan kepada : politikupsi@yahoo.com

-Penganalisis-