MAHASISWA UPSI KIAN RESAH.
"Jika sekiranya anda memilih saya sebagai MPP saya akan pastikan bahawa minggu study week akan dipanjangkan kepada 2 minggu. Saya merupakan pelajar biologi sangat memahami anda kerana dalam masa seminggu untuk mengulangkaji semua tajuk biologi memang tidak mencukupi"
-Petikan dari kata-kata Saudari Norhafizawati binti Mahmad Rozali pada PRK UPSI yang lalu.
Kini, selepas menjawat sebagai MPP selama hampir 4 bulan dan minggu kuliah pula kini mengjangkau minggu kelapan (ke-8), penganalisis masih tidak melihat sebarang tindakan yang diambil oleh beliau. Penganalisis berpendapat nasib mahasiswa UPSI tidak terbela kerana mahasiswa UPSI kini menagih janji-janji manifesto barisan MPP UPSI.
Penganalis : Nantikan senarai manifesto-manifesto MPPUPSI 2008/2009. Mari kita analisis bersama-sama.
EXCO SUKAN DAN REKREASI MPPUPSI ANJUR KEJORA 09
Tarikh | : | 7 dan 8 Mac 2009 |
Masa | : | 7.30 pagi - 6.00 petang |
Tempat | : | Padang Utama, |
Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
1. | 100m (L/P) |
2. | 200m (L/P) |
3. | 400m (L/P) |
4. | 800m (L/P) |
5. | 1500m (L/P) |
6. | 100m Lari Berpagar (P) |
7. | 110m Lari Berpagar (L) |
8. | 4 x 100m (L/P) |
9. | 4 x 200m (L/P) |
10. | Lompat Jauh (L/P) |
11. | Lompat Kijang (L/P) |
12. | Lompat Tinggi (L/P) |
13. | Lontar Peluru (L/P) |
14. | Lempar Cakera (L/P) |
15. | Rejam Lembing (L/P |
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Mohd Nor Faiz bin Mat Ali atau Saudari Siti Norhazliza bin Rosli (Exco Sukan dan Rekreasi MPP) di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Bangunan Bitarasiswa.
Penganalisis : Saya pun nak turut sertalah dalam kejohanan ini. Kita berjumpa dia track nanti...
MPPUPSI ANJURKAN FESTIVAL TEATER UPSI 2009
MEMPERKENALKAN BARISAN MPP UPSI 2008/2009
Yang DiPertua : Mohd Hairie Bin Abdullah
Timbalan Yang DiPertua : Nor’Ain Binti Razak
Naib Yang DiPertua : Syaiffuldin Bin Mohamad
Setiausaha Agung : Mohd Razik Bin Khalid
Penolong Setiausaha : Muzaitul Akmar Binti Mohamad
Bendahari : Mohd Asree Bin Abd Aziz
Penolong Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Ab Razak
BARISAN EXCO-EXCO :
Exco Akademik dan Kerjaya : Arif Bin Mohamad
Nur Aqilah Hanis Binti Mohd Yusoff
Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa: Punethn A/L Superminium
Leow Soon Joo
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan : Adriyani Binti Yamin
Mohd Zulhilmi
Exco Latihan dan pembangunan Sahsiah : Norhafizawati Binti Mahmad Rozali
Akmal Bin Madzir
Exco perpaduan dan Integrasi : Boniface Belawan Anak Bubong
Armadi Bin Derus
Exco Ekonomi dan Keusahawanan : Mohd Fitri Bin Amil
Nurul Ilyana Binti Mohamad
Exco Kesenian dan kebudayaan : Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman
Norhisham Bin Che Hamid
Exco Sukan dan Rekreasi : Mohd Nor Faiz Bin Mat Ali
Siti Nor Hazliza Binti Rosli
Exco Penerbitan dan Informasi : Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi
Siti Khairiah Binti Jajuli
Penganalisis : Barisan kepimpinan ini telah dipilih dalam PRKUPSI pada 21 Oktober 2008 bagi menggantikan barisam kepimpinan MPP sesi 2007/2008 yang telah dibubarkan oleh Y. Bhg. TNC HEPA pada 10 Oktober 2008.
SALAM PERKENALAN
Saya merupakan seorang penganalisis politik UPSI dari dulu sehingga kini. Skop dan topik yang diperbincangkan lebih terbuka bagi mematangkan mahasiswa UPSI dalam dunia politik kampus yang sebenar tanpa campur aduk oleh parti politik luar. Saya yakin ramai mahasiswa bersetuju yang barisan MPPUPSI tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Justeru, blog ini akan membantu mahasiswa untuk berfikir lebih rasional dan matang dalam dunia POLITIK KAMPUS. Apakah rasionalnya kerajaan Malaysia mewujudkan Pilihan Raya Kampus (PRK) di seluruh IPTA? Bersama-samalah kita berfikir dan renung-renungkan?
sebarang pandangan bolehlah emailkan kepada : politikupsi@yahoo.com
-Penganalisis-