Manifesto hanya tinggal manifesto....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Kali ini penganalisis ingin berbicara mengenai manifesto MPP-MPP UPSI yang telah dipilih oleh mahasiswa secara demokrasi melalui Pilihan Raya Kampus yang lalu. Namun, apa yang dapat penganalisis lihat dikampus kita ini, manifesto hanya sekadar menanam tebu ditepi bibir. Mereka lupa apa yang telah mereka janjikan kepada mahasiswa semasa merayu undi dahulu. Berdasarkan janji-janji itulah, mahasiswa beramai-ramai turun mengundi dan akhirnya mereka diangkat sebagai pemimpin mahasiswa. Pada kali ini, penganalisis ingin memperkenalkan Saudara NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOF, Exco Akademik dan Kerjaya MPP 08/09.

Berikut adalah antara manifesto yang dilontarkan oleh beliau :

1) Mengurangkan 30% setiap denda yang dikenakan di UPSI

2) Menyediakan kemudahan kepada golongan kurang upaya di UPSI (Pengangkutan Khusus &laluan pejalan kaki)

3) Memohon penilaian semula peminjaman oleh PTPTN kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan


Berikut adalah tulisan Saudari Aqilah :



Penganalisis mengharapkan agar pemimpin mahasiswa UPSI dapat mengotakan janji-janji mereka kerana sehingga kini, satu pun daripada manifesto tersebutTIDAK tercapai. Pendedahan ini bukan untuk memburuk-burukkan pemimpin kita, tetapi sebagai gesaan "revolusi" yang dicanangkan oleh Saudari Aqilah sendiri dan mungkin kenyataan ini mampu menjadi katalis kepada Saudarai Aqilah dalam mengharungi perjalanan hidup sebagai MPPUPSI. Kepada MPP yang lain, penganalisis akan bongkarkan satu persatu manifesto anda. Jangan mempermainkan undi yang telah diberikan oleh mahasiswa kepada anda. Bekerja dan terus berkerja!


Penganalisis : Tahniah kepada Saudara Muhamad Nazarul Hazwan bin Abdul Razak, Pen. Bendahari MPP 08/09 (Bekas Pengawas Asrama Sekolah jer...) telah berjaya merealisasikan manifesto beliau iaitu menyediakan bas terus dari kolej kediaman ke bilik kuliah Taman Bernam Baru. Penganalisis pun nak naik bas jugak...

UPSI Menempa Nama

Penganalisis mengucapkan tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik UPSI kerana telah meraih kejayaan yang amat membanggakan dalam pameran Malaysian Technology Expo’09 (MTE’09) yang telah berlangsung pada 19-21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. UPSI telah mempertaruhkan sebanyak tujuh produk penyelidikan dan memenangi 5 anugerah keseluruhannya iaitu 1 emas, 1 perak dan 3 gangsa. Ini telah mengharumkan nama UPSI pada peringkat nasional. Berikut adalah pencapaian cemerlang UPSI :


Semoga dengan anugerah yang diterima ini akan meningkatkan lagi mutu penyelidikan UPSI pada masa akan datang seterusnya memberikan imej terbaik kepada UPSI diperingkat nasional dan antarabangsa. Bersama-sama kita menuju ke arah kegemilangan UPSI tercinta.


Penganalisis : Penganalisis pun akan berusaha menjadi penyelidik pula pada masa akan datang. Tak kan sampai bila-bila nak analisis politik UPSI jer.. Penganalisis pun mahu memberi sumbangan pingat kepada UPSI. Tunggu....

Pesta Kovokesyen Ke-11 Sidang 1 2009 : Sederhana tapi tetap MERIAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bahang Pesta Konvokesyen kini terasa. Penganalisis berbangga kerana MPPUPSI mampu menghasilkan sebuah majlis keraian tahunan sesebuah universiti bagi menghargai penat lelah graduan UPSI yang telah menuntut di sini hampir 4 tahun.

Dengan tema, Pendidik Bitara UPSI Gemilang, MPPUPSI telah merangka pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat kepada mahasiswa-mahasiswi UPSI bermula 16 hingga 19 Mac 2009. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti Program merakyatkan seni anjuran JHEPA dengan kerjasama JKK Negeri Perak, berhibur bersama adik Wada dan Afiq dari Idola Kecil TV9, Bersantai bersama Kumpulan Now See Heart. Pengisian keagamaan juga disediakan sebagai santapan rohani mahasiswa seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam : Itukah Aku?

Penganalisis menyeru kepada warga UPSI untuk sama-sama menjayakan Pesta Konvo kali ini. Kepada MPPUPSI, teruskan perjuangan dalam penganjuran aktiviti-aktiviti sebegini pada masa akan datang.

Penganalisis : Penganalisis sedang ternanti-nanti keputusan Senat UPSI berkenaan Istiadat Konvokesyen Ke-11 Sidang kedua 2009.

Siswa Niaga KUO :Duit oh duit....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Kali ini, penganalisis ingin membicarakan berkenaan Siswa Niaga KUO. Sejarah telah membuktikan siswaniaga KUO amat berjaya sejak seawal penubuhannya oleh TYDP JMK KUO sesi 2005/2006, Saudari Nur Hidayah. Menurut rakan penganalisis, duit siswaniaga KUO digunakan untuk membuka mini mart KUO, membiayai program JMK KUO ke Indonesia dan sebagainya. Setelah isu defesit Hari Terbuka KUO 2009, kini desas desus mengatakan wang berjumlah lebih kurang RM2000.00 telah lenyap tidak tahu ke mana. Penasihat Exco Ekonomi dan Keusahawanan JMK KUO, En Mohd Raizol sepatutnya mengetahui aliran kewangan exco tersebut dibawah pimpinan Saudari Nurul Suhaida bt. Abd Rahim. Namun, penganalisis tidak menyalahkan mana-mana pihak atau menuduh kepada mana-mana individu kerana penganalisis ingin membuat sedikit siasatan berkenaan isu ini. Kemungkinan, duit tersebut telah digunakan untuk aktiviti JMK dan tidak diisytiharkan ataupun isu ini diwar-warkan untuk memburuk-burukkan pihak-pihak tertentu. Nantikan kupasan selanjutnya setelah penganalisis mendapatkan bukti yang kukuh. Sekiranya anda mempunyai informasi berkenaan isu ini, bolehlah emailkan kepada politikupsi@yahoo.com. Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.


Penganalisis : Diminta kepada semua pemimpin mahasiswa diberikan kursus pengurusan kewangan. Dulu, semasa penganalisis menuntut di universiti, kami didedahkan dengan kursus-kursus sedemikian bagi mengelakkan penyalahgunaan wang dan pendedahan menguruskan kewangan secara profesional. Barulah jadi pemimpin yang berilmu dan bertauladan...

Khabar dari KPT...

Assalamualaikum WBT...

Sudah lama penganalisis tidak membuat analisis berkenaan hal ehwal semasa UPSI. Maklumlah, penganalisis terpaksa menerima arahan dari orang atasan untuk menghadiri seminar. Menurut sumber dari penganjur KPO MPP IPTA 2009, penyertaan MPPUPSI adalah yang terkecil peratusannya. Namun, penganalisis masih mampu tersenyum kerana kuantiti tidak melambangkan kualiti. Tetapi, anggapan penganalisis jauh meleset kerana MPPUPSI tidak begitu menyerlah seperti tahun-tahun sebelum ini. Ketua kontijen yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Saudara Razik sahaja yang memainkan peranan dalam menonjolkan nama UPSI dalam kursus tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Razik yang memberikan nama baik kepada MPPUPSI. Delegasi yang lain nampaknya tidak menyerlah seperti mana pada kempen PRK UPSI yang lalu. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah KPTM.

p/s : Penganalisis inginkan transformasi (macam AF7) dari MPP UPSI untuk kursus-kursus yang akan datang bagi memberikan imej yang baik kepada semua MPP IPTA. Penganalisis pun tumpang bangga sebab penganalisis juga warga UPSI. Sayang UPSI..

MPPUPSI KINI BERANGKAT KE MELAKA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada saat ini penganalisis mendapat khabar yang barisan kepimpinan Pelajar UPSI telah bertolak ke Melaka bagi menjalani sebuah kursus anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang pertama kali menemukan kesemua barisan MPP IPTA buat kali pertama dalam satu kursus bermula pada 6 hingga 8 Mac 2008 di Ayer Keroh Melaka.

Penganalisis melihat program anjuran KPT adalah sangat bertepatan dalam memberi kemahiran pengurusan organisasi disamping memberi jaringan atau networking antara MPP bagi memudahkan urusan dan bertukar-tukar idea dan pendapat. UPSI yang dikategori sebagai salah sebuah universiti "selamat" daripada 17 universiti manakala universiti yang berada pada zon gelap adalah seperti berikut: UIAM,UM dan UNIMAS. UPSI dikatakan selamat disebabkan dalam PRK UPSI, Aspirasi dengan tag "KUALITI" telah mendapat majoriti dalam kabinet MPP berbanding pihak pembangkang dengan tagnya "KEBAJIKAN".

Jadi, penganalisis percaya atas KUALITI atau KEBAJIKAN yang dipilih melalui suara mahasiswa untuk meletakkan imej pelajar UPSI ditahap yang sepatutnya. Memberikan respon, menjadi penanya soalan yang sesuian dan menonjolkan ciri-ciri kepimpinan. Janganlah disebabkan perbezaan itu, warga UPSI mendapat kesan atas keegoaan anda.

Menurut sumber, hanya 5 orang wakil MPP yang dihantar untuk program tersebut iaitu Razik, Boniface, Ilyana, Zulhilmi dan Arif. Penganalisis membuat andaian, MPP lain sedang sibuk dengan Karnival Olahraga UPSI 2009.


p/s : Penganalisis tidak sabar mendapat khabar dari KPT hasil kursus tersebut. Penganalisis akan dapatkan informasi dari Melaka sama ada MPP UPSI mampu meneruskan tradisi gah di mata KPT dan di luar sana. Atau hanya sekadar jaguh kampung sahaja?

RASIONAL : Istiadat Pesta Konvokesyen Ke-11 Sidang Ke-2

Assalamualaikum SWT dan Salam Sejahtera.

Saban tahun, setiap universiti harus mengadakan Istiadat Pesta Konvokesyen bagi meraikan semua graduan universiti yang telah menamatkan pengajian dalam kursus-kursus tertentu. Namun di UPSI, fenomena ia agak berlainan sedikit kerana hampir 99% graduannya akan menjawat jawatan sebagai DG41 (Guru Sandaran Terlatih) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Justeru, bagi melayakkan graduan UPSI mendapatkan penempatan, graduan perlu mendapatkan selembar transkrip yang telah disahkan oleh Mesyuarat Senat UPSI.

Penganalis sempat menghubungi rakan penganalisis di Bahagian Akademik UPSI. Menurut sumber tersebut, mahasiswa sepatutnya membezakan antara transkrip senat dan ijazah (skroll). Jika dahulu, mahasiswa perlu mendapatkan skroll ijazah terlebih dahulu sebelum dipanggil temuduga oleh KPM, namun selepas diperjuangkan oleh MPP (Seingat saya, zaman kepimpinan Saudara Izwan Shahril), pihak UPSI sedia melaksanakan istiadat konvokesyen pada bulan Mac bagi pengambilan pelajar pada bulan Disember untuk mengelakkan graduan UPSI yang telah tamat latihan mengajar di sekolah pada bulan Oktober terpaksa menunggu sehingga bulan Ogos tahun hadapannya semata-mata untuk mendapatkan skroll Ijazah. Jadi, bilakah graduan ini akan ditempatkan di sekolah? Justeru, penganjuran istiadat pada bulan Mac adalah sangat relevan dan bertepatan pada masa tersebut.

Sedangkan pantai boleh berubah disebabkan ombak menghempas, apatah lagi manusia dan dasarnya. Rakan penganalisis di Bahagian Sumber Manusia KPM menyatakan, KPM hanya memerlukan transkrip yangg telah mendapat kelulusan dan pengesahan Senat Universiti bagi melayakkan graduan tersebut untuk dipanggil temuduga dan diberikan penempatan sekolah. Jadi, skroll itu adalah sebagai simpanan atau "lesen" bagi membuktikan sebagai graduan UPSI pemegang Ijazah tersebut. Transkrip akan dikeluarkan oleh Mesyuarat Senat Universiti selepas taman latihan mengajar di sekolah. Transkrip tersebut akan dihantar oleh Bahagian Akademik UPSI ke KPM.

Kini, penganalisis ingin melontarkan persoalan kepada anda, adakah relevan konvokesyen pada Bulan Mac? Pada pendapat penganalisis, jika pihak universiti dalam langkah berjaga-jaga dalam perbelanjaan dan berjimat-cermat, penganalisis ingin mencadangkan agar Istiadat kovokesyen hanya dilaksanakan hanya setahun sekali iaitu pada bulan Ogos. Rasionalnya, graduan pengambilan Disember masih akan dipanggil temuduga hanya dengan transkrip yang dikeluarkan oleh Bahagian Akademik dan mereka akan mendapat penempatan sekolah terlebih dahulu sekitar bulan Mei ataupun Jun. Manakala graduan pengambilan Julai akan tamat latihan mengajar pada penghujung April dan akan dipanggil temuduga pada bulan Julai atau Ogos. Mereka akan mendapat penempatan pada sekitar bulan Oktober atau November. Justeru, adalah tidak menjadi masalah kepada mana-mana graduan yang bakal bergraduat sama ada pengambilan Julai dan pengambilan Disember.


Berkenaan penganjuran Istiadat Pesta Konvokesyen Ke-11 sidang Ke-2 ia akan pelik kerana penganalisis hanya mendapat informasi secara tidak rasmi melalui portal UPSI, buat pertama kalinya istiadat konvokesyen tersebut akan disambut pada bulan Disember. Bagi penganalisis perubahan adalah baik namun penganalisis ingin meminta pihak-pihak yang sepatutnya mengkaji semula baik dan buruk penganjuran istiadat pada bulan Disember. Apa yang pelik pada ruangan forum di portal UPSI, masing-masing pelajar semester 7 dan semester 8 berbalah sesama sendiri disebabkan pelajar semester 7 tidak berpuas hati sekiranya istiadat diadakan pada bulan Ogos 2009 manakala pelajar semester 8 tidak bersetuju untuk diadakan istiadat pada bulan Disember 2009. Lazimnya, penganalisis melihat simptom-simptom ini wujud kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri tanpa mengetahui rasional sebenar penganjuran istiadat pada bulan 12. Menurut memo rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Akademik UPSI, istiadat konvokesyen sidang 2 dianjurkan bagi memberi pengijazahan kepada pelajar kemasukan Julai 2005/2006 yang sepatutnya diadakan pada bulan Ogos 2009. Perubahan tarikh istiadat konvokesyen kemungkinan disebabkan oleh faktor Bulan Ramadhan yang jatuh pada 21 atau 22 Ogos 2009. Tetapi seingat penganalisis tarikh istiadat yang telah dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini adalah pada pertengahan Bulan Ogos dan sekiranya istiadat diteruskan seperti tahun-tahun lepas, maka bagi penganalisis tidak ada masalah yang timbul. Walaupun, ketika itu adalah bukan musim cuti persekolahan, bagi penganalisis, ia bukan faktor utama untuk menunda tarikh istiadat pada Bulan Disember.

Daripada pengamatan penganalisis menerusi ruang forum Portal UPSI, pelajar semester 7 (ambilan Disember 2005/2006) melihat penundaan tarikh istiadat konvokesyen ke Bulan Disember ini sebagai satu kesempatan untuk mereka turut serta untuk bergraduasi pada bulan Disember bersama-sama dengan senior di semester 8.

Inilah sebenarnya isu yangg ditimbulkan dan menjadi perbualan hangat sehingga kini yang menjadi perbalahan di UPSI portal. Rasional pelajar-pelajar semester 7 berjuang untuk mendapatkan ruang untuk turut bergraduasi pada bulan Disember adalah kerana mereka telah selesai ataupun tamat menjalani latihan mengajar di sekolah.

Justeru, penganalisis berpendapat adalah tidak adil kerana pelajar-pelajar ambilan Julai 2005/2006 terpaksa menunggu sehingga 8 bulan manakala pelajar-pelajar ambilan Disember 2005/2006 hanya menunggu hanya sebulan untuk bergraduat. Selain itu, sekiranya pelajar ambilan Disember 2005/2006 masih berkeras untuk menganjurkan istiadat pada bulan Disember, anda seharusnya memikirkan impak-impak yang bakal dihadapi. Contohnya, dari aspek penginapan graduan dan keluarga di sekitar Tanjong Malim, kemampuan kampus yang kecil untuk menampung bilangan graduan yang ramai, nasib penggerai-penggerai yang mencari rezeki kerana mahasiswa sedang bercuti, aspek penganjuran pesta konvokesyen dari segi tenaga pelaksana dan AJK, persiapan untuk menyambut kemasukan pelajar baru ambilan Disember 2009/2010, kekurangan jubah untuk bergraduasi kerana bilangan graduan hampir 5000 graduan dan aspek jangka masa yang panjang.

Penganalisis mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan dan meletakkan inisiatif lain agar kita mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh UPSI kerana ia masih relevan pada saat ini iaitu menganjurkan 2 kali sidang untuk satu tahun. Namun, sekiranya pihak universiti melihat perkara ini diperlukan perubahan, maka penganalisis mencadangkan agar istiadat hanya diadakan setahun sekali sahaja sekiranya bilangan graduan UPSI semakin berkurangan pada masa hadapan dan tahun-tahun akan datang adalah tidak menjadi kekangan untuk istiadat dianjurkan setahun sekali. Penganalisis menyarankan agar pihak UPSI bersiap sedia bagi menghadapi kekangan-kekangan seperti yang dinyatakan di atas sekiranya istiadat diadakan hanya sekali setahun.


Penganalisis : Bagi meredakan ketegangan ini, penganalisis ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada bakal graduan yang akan bergraduasi pada pertengahan Mac ini. Semoga mampu menjadi guru yang bitara dan mampu mendidik anak bangsa menjadi modal insan cemerlang yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara.

FESTIVAL TEATER UPSI 2009 BERJAYA

Penganalisis berkesempatan juga melihat program berbentuk kebudayaan dan hiburan yang dianjurkan oleh Exco Kesenian dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar mengikut lunas-lunas Islam. Pada kesempatan ini, penganalisis ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Hanif dan Saudara Hisyam atas penganjuran festival ini. Kepada pemenang-pemenang dan penerima anugerah, penganalisis mengucapkan tahniah dan semoga terus maju jaya dalam memelihara seni warisan negara. Kalian jugalah yang bakal manjadi pewaris seni budaya ini pada masa hadapan. Kepada yang kurang berjaya, tekadkan azam bagi memperbaiki mutu seni persembahan untuk festival yang akan datang.

Penganalisis : Teringin sangat nak tengok teater Kolej Za'aba yang dinobatkan sebagai juara festival pada pada tahun ini. Penganalisis tidak berkesempatan untuk hadir kerana ada tugas yang perlu diselesaikan.

REALITI KARNIVAL SEMARAK WARISAN (KASWA) KUO

jaAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini, penganalisis terkejut dengan kenyatan sebuah blog yang menyatakan Saudara Izi (kini mantan YDP JMK KUO) telah menyeleweng duit program KASWA anjuran KUO di mana beliau bertindak selaku pengarah program. Program yang berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2009 membuka tirai karnival hari terbuka kolej-kolej kediaman dengan bertemakan seni warisan budaya dan membina integrasi kaum dalam kalangan mahasiswa UPSI. Pelbagai program telah dilaksanakan bagi memastikan objektif tercapai. Namun, sudah menjadi kelaziman dalam setiap tindakan manusia, pasti akan ada kekurangan dan kelemahan. Lebih-lebih lagi jika dalam usaha mencari ilmu dan menambah pengalaman, melakukan kesilapan seakan-akan lumrah yang akan mematangkan kita.

Adakah KASWA KUO adalah suatu kesilapan yang besar dan mengundang kepada perletakkan jawatan Saudara Izi selaku YDP KUO? Penganalisis melihat ia seperti sebuah konspirasi yang harus disiasat dan didedahkan kepada umum. Menurut sumber dari seorang yang berautoriti di KUO, Karnival anjuran Saudara Izi mendapat keuntungan sebanyak RM5450.00 setelah pelarasan dilakukan. Kedudukan kewangan juga telah dibentangkan di hadapan Pengetua KUO, barisan fellow, dan JMK KUO. Di sini penganalisis berasa musykil kerana isu kewangan KASWA diwar-warkan defesit ternyata mempunyai agenda untuk memburuk-burukkan pihak-pihak tertentu khususnya mantan YDP KUO.

Menurut analisis yang dijalankan, perletakkan jawatan tersebut disebabkan oleh krisis pemilihan untuk memenuhi jawatan YDP KUO. Saudara Izi terpilih memegang jawatan tersebut disebabkan ketokohan dan pengalaman beliau menyebabkan ramai JMK "senior" berputih mata untuk mendapatkan jawatan tersebut. Permulaan JMK KUO yang baik tidak sampai ke penghujungnya kerana konflik dalaman JMK KUO berlarutan sehinggakan terpaksa melibatkan orang "ketiga". Menurut satu SMS yang dihantar dari teman baik penganalisis yang berkhidmat di KUO, perletakkan jawatan Saudara Izi bukan berpunca dari kegagalan penganjuran KASWA namun disebabkan faktor yang tidak diketahui. Pengetua KUO juga telah memberi masa selama seminggu kepada mantan YDP KUO berfikir untuk menarik semula surat perletakkan jawatan beliau.

Penganalis berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan ini untuk meracuni pemikiran mahasiswa dalam memburuk-burukkan pihak yang lain. Penganalisis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pemangku YDP KUO dan barisan JMK KUO dalam memberikan perkhidmatan kepada penghuni KUO.


Penganalisis : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Masalah dalaman organisasi jangan libatkan orang luar kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah namun sebenarnya mengeruhkan keadaan malah memalukan organisasi kita sendiri. Saya pun sayang bos saya...