Penganalisis mengucapkan tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik UPSI kerana telah meraih kejayaan yang amat membanggakan dalam pameran Malaysian Technology Expo’09 (MTE’09) yang telah berlangsung pada 19-21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. UPSI telah mempertaruhkan sebanyak tujuh produk penyelidikan dan memenangi 5 anugerah keseluruhannya iaitu 1 emas, 1 perak dan 3 gangsa. Ini telah mengharumkan nama UPSI pada peringkat nasional. Berikut adalah pencapaian cemerlang UPSI :
Semoga dengan anugerah yang diterima ini akan meningkatkan lagi mutu penyelidikan UPSI pada masa akan datang seterusnya memberikan imej terbaik kepada UPSI diperingkat nasional dan antarabangsa. Bersama-sama kita menuju ke arah kegemilangan UPSI tercinta.
Penganalisis : Penganalisis pun akan berusaha menjadi penyelidik pula pada masa akan datang. Tak kan sampai bila-bila nak analisis politik UPSI jer.. Penganalisis pun mahu memberi sumbangan pingat kepada UPSI. Tunggu....
Sebagai seorang penganalisis politik UPSI, saya akan pastikan segala maklumat yang disampaikan adalah benar dan dari sumber yang sahih. Harap kepada warga mahasiswa UPSI boleh menjadikan blog ini untuk saling berinteraksi dan mengetahui isu-isu semasa di UPSI. Salam kebenaran dari saya.
0 comments:
Post a Comment