Siapakah dalang PRO Mahasiswa UPSI?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Rasanya lama penganalisis tidak menerjah isu politik upsi ini. Almaklumlah, terlalu sibuk menguruskan hal ehwal akademik pelajar. Macam-macam karenah dan sekali sekali terfikir juga penganalisis ada kalangan mahasiswa UPSI yang masih tidak matang dan tidak boleh berfikir secara rasional.

Jadi kali ini penganalisis ingin memberi tahu bahawa mahasiswa UPSI juga ada yang tidak matang dalam politik kampus sehingga terjebak ke kancah politik luar seperti UMNO, PAS, KEADILAN dan sebagainya. Bibit perjuangan UMNO tidak begitu kelitahan di UPSI kerana mahasiswa yakin bahawa UMNO adalah perjuangan BANGSA MELAYU dan tidak perlu melibatkan mahasiswa di kampus, cukuplah sekadar pimpinan ahli politik. Namun apa yang dirisaukan adalah penularan ideologi PAS dan Keadilan begitu terdesak dan sanggup memanipulasi mahasiswa UPSI. Apabila penganalisis melayari beberapa blog mahasiswa UPSI yang begitu berani menyatakan sokongan kepada PAS dan KEADILAN serta DAP, ia amat menakutkan dan menyedihkan. Agenda Pro Mahasiswa contohnya mendapat restu dan sumbangan secara terus dan sokongan daripada PAS dan KEADILAN. Inilah yang dinamakan politik kampus dicemari politik luar.

Siapakah dalang Pro Mahasiswa UPSI yang begitu liberal menipu dam memperdaya sekalian pengikut Pro M di UPSI? Beliau bukan sahaja berani dan lantang menyuarakan pemansuhan AUKU dan ISA sehinggakan ia lupa bahawa itu semua adalh demi memastikan kampus dan negara dalam keadaan aman sentosa tanpa sebarang rusuhan dan propaganda pro pembangkang. Jika sebelum Anwar Ibrahim dilepaskan dari penjara, negara kita aman walau ada percanggah pendapat politik tetapi ia masih dalam keadaan terkawal. Sekarang bagaimana? FIkir-fikirkan lah...

Insan yang penganalisis maksudkan adalah Saudara Arif yang merupakan salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar MPP yang bertanding atas tiket Pro Kebajikan dan kini memegang port folio sebagai Exco Akademik dan Kerjaya. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan penggerak Pro Mahasiswa Malaysia dan cuba mengunakan jawatan yang ada kini untuk mencari seberapa pengikut bagi menjamin kemenangan parti politik seperti PAS dan Keadilan pada masa akan datang.



Itu adalah antara bukti bahawa Arif mempunyai hubungan yang rapat dengan saudara Faizal, penggerak Pro M dan juga tali barut parti PAS dan Keadilan. Faizal telah dijemput oleh Pro M UPSI dalam satu majlis rakaman bual bicara Suara Siwa di Dewan SITC UPSI. Hubungan yang rapat ini memberi petunjuk bahawa arif merupakan dalan Pro M du UPSI. Dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang juga memperlihatkan bahawa graduan UPSI yang menjadi penggerak Pro M atau Pembangkang bersungguh-sungguh berkempen untuk calon PAS yang bertanding dana ada seorang bekas pelajar UPSI mengibarkan bendera DAP walau di dalam kad pengenalan nyer jelas menunjukan beliau seorang Islam. Namun dek ceteknya akal dan pemikira, akhirnya menjadi pegikut tidak bermaruah. Justeru, penganalisis tidak ingin mempengaruhi sesiap pembaca dan mahasiswa UPSI, tetapi renung-renungkanlah betapa jijik dan kotornya perancangan mereka dengan memanipulasi mahasiswa ke arah yang tidak sihat.


Penganalsis: Sila semak link berikut untuk mengetahui apa itu pro mahasiswa atau dikenali sebagai pro kebajikan di UPSI. Selamat menganalisis!

Akmal Madzir : Kepimpinan dan sumbangan?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Salam bulan penuh barakah, disajikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ramadhan menguji kesabaran menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu dan godaan jiwa. Semoga kita dapat melaluinya dengan jaya disulami selaut rahmat. Kali ini penganalisis ingin kupaskan YDP MPP Kebajikan, Saudara Akmal Madzir. Beliau yang digembar-gemburkan sebagai YDP MPP terpaksa akur dengar keputusan mesyuarat pembentukan kabinet apabila suara majoriti tidak menyebelahi beliau. Penganalisis juga turut berasa simpati. Beliau yang telah berjaya memancing undi sehingga meraih undian tertinggi bagi kerusi umum dalam pemilihan MPP tahun lalu. Namun, atas semangat dan dasar perjuangan menjaga kebajikan mahasiswa UPSI, beliau telah diberi mandat untuk memegang Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (LPS). Satu tanggungjawab yang begitu besar! Atas semangat setiakawan dan bai’ah yang telah dilafazkan, saudara Akmal telah diangkat sebagai YDP MPP Kebajikan oleh proksi kebajikan sehingga seringkali membuat kenyataan dan tindakan melangkaui YDP MPP dan Majlis Tertinggi MPP. Syabas atas keberanian saudara.

Selama hampir 1o bulan memegang tugas sebagai Exco LPS MPP, dan hanya berbaki lebih kurang 2 bulan lagi penganalisis telah menganalisis sumbangan dan jasa beliau dalam memegang tugas sebagai Exco LPS dan “YDP MPP” palsu. Berikut adalah antara sumbangan YDP MPP Kebajikan Kebajikan tersebut:

1. Seminar Rawatan Alternatif [macam tiada kaitan dengan portfolio beliau]

2. Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan [PPI UPSI tidak mampu buat kot...]

3. Majlis berbuka puasa [siapalah jemputan beliau...?]

4. Sumbangan 10 pasang selipar di surau UPSI [macam tak cukup jer..hilang kot..]

5. Forum Perdana Pesta Konvokesyen – TARIK DIRI [alasan...Pesta Konvo, Pesta maksiat...Ker tak mampu?]


Empat sumbangan yang “besar” dan sangat penganalisis kagum(Sangat kagum). Dalam hati penganalisis terdetik, inikah yang disanjung oleh proksi kebajikan sehingga sanggup meletakkan Akmal sebagai Calon YDP MPP. Kuasa Allah... kerana Allah lebih tahu siapa yang lebih layak memegang jawatan tersebut. Bayangkan, dalam masa hampir 10 bulan, beliau hanya mampu menjayakan program-program tersebut. Saya rasa persatuan lain mampu melakukan program yang lebih besar dan signifikan terhadap mahasiswa tanpa perlu memegang jawatan MPP.

Sekadar perbandingan Exco LPS MPP 08/09 dengan Exco LPS 07/08. Berikut adalah antara sumbangan dan program yang telah berjaya dilaksanakan:

1. Tilawah Al-Quran Peringkat IPT Kali Ke-3 dan Jemputan ASEAN [tahun ni takder..tak mampu kot]

2. Kursus dan kem pemantapan Rakan Exco MPP

3. Perhimpunan aman (dengan izin Naib Canselor) Bantahan Filem Fitna Ahli Politik Belanda, Geert Wilders dan penyerahan memorandum bantahan warga UPSI ke Kedutaan Belanda

4. Membasuh dan menukar kain telekung wakaf surau-surau fakulti pada setiap minggu.

5. Menjalankan kutipan derma bagi surau-surau UPSI

6. Memberi sumbangan sebanyak 100 unit telekung sebagai wakaf di surau-surau UPSI

7. Memberi sumbangan selipar di setiap surau-surau UPSI

8. Pemantauan bas kitaran pada setiap hari Isnin

9. Pemantauan harga makanan di kafetaria dalam kampus dan kolej pada setiap hari Selasa dan Khamis

10. Diskusi dan bual bicara ilmiah bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

11. Menyertai Rakan Masjid Selangor

12. Pengajuran Program Pendidikan Bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

13. Menganjurkan Sambutan Maal Hijrah dengan kerjasama Pusat Islam UPSI

14. Menyelesaikan masalah sahsiah diri pelajar dengan bersemuka dan diskusi

15. Menganjurkan Seminar Komunikasi dan Persediaan Menghadapi Temuduga

16. Seminar Hari Guru dan Diskusi Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia khusus untuk pelajar semester 7

17. Program bersama : Kempen “Saya Guru Bitara”

18. Mengumpul sumbangan dan derma untuk masyarakat Kemboja

19. Mencari dan mengumpul penama Akikah dan telah dilakukan di Perkampungan Islam Krobay, Kemboja.


Senarai diatas adalah antara sumbangan dan penglibatan Exco LPS 07/08 dan ini memberi satu gambaran negatif terhadap kepimpinan saudara Akmal. Penganalisis melihat saudara Akmal lebih cenderung menggunakan platform MPP ini untuk menyelesaikan isu-isu nasional seperti Gerakan Mansuh ISA, akhirnya tanggungjawab menjaga kebajikan mahasiswa seperti yang dilaungkan hanya sekadar angan-angan Mat Jenin. Hanya jaguh di dalam blog bukan bermakna anda mampu melakukan segalanya. Mahasiswa hari ini bijak dan mampu menganalisis setiap tindak tanduk MPP.

Dalam Pemilihan MPP yang lalu, Saudara Akmal dengan mottonya, “Berkhidmat untuk kebajikan mahasiswa” telah membawa manifesto serta berjanji untuk,

"Menjaga kebajikan mahasiswa dari segenap sudut iaitu aspek kewangan, keselamatan, kitaran bas UPSI, denda-denda di fakulti yang tidak relevan dan yang paling penting apa yang disuarakan oleh mahasiswa saya akan berusaha untuk menepatinya"

Namun, sehingga kini, apa yang telah berjaya ditunaikan? Tepuk dahi tanyalah minda. Tepuk dada tanyalah iman. Jadi penganalisis bersyukur kehadrat Illahi kerana Saudara Akmal tidak diangkat sebagai “Amir” atau YDP MPP UPSI sesi 08/09. Cukuplah sekadar fatamorgana dan ilusi proksi kebajikan dengan menganggap Saudara Akmal Sebagai YDP MPP mereka. Sudah ternyata lagi bersuluh, kepimpinan beliau sekadar untuk mengisi kekosongan dan boneka parti politik luar. Mahasiswa yang membaca entri ini, berfikirlah secara waras dan rasional apa sebenarnya yang ingin penganalisis ingin sampaikan dan bukanlah sengaja menyampaikan berita-berita sensasi. Kadang-kala yang benar itu pahit dari yang kita sangka.

Penganalisis:

Saudara Akmal, Jika penganalisis salah, anda boleh menafikan kenyataan penganalisis ini! Emailkan kepada politikupsi@yahoo.com. Yahoo Messenger tak main. Hiduplah dalam dunia nyata bukan berfantasi dunia yang tidak pasti. Mahasiswa bijak bestari analisislah dengan waras dan rasional.

Fadhilat Lailatul Qadar

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam bulan barakah bulan ramadhan. Segala pujian bagi Allah semoga segala amalan kita diterima Allah pemilik alam semesta. Kali ini penganalisis ingin berkongsi dengan pembaca berkenaan satu malam dalam bulan ramadhan yang dikatakan penuh misteri dan dipenuhi limpah rahmat dan keberkatan. Malam tersebut adalah Lailatul Qadar.

Satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Rasulullah SAW sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan(tidak mendapat petunjuk) daripada Allah." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau."(Hadis riwayat Muslim)

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu Al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut. Sejahteralah malam(yang berkat itu)hingga terbit fajar." (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saw. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan. Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27."(Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan. Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya. Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah SAW ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya. Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu. Usia baginda dan umatnya adalah pendek.

Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja. Kerana keutamaan inilah, Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Dalam hal ini, memadailah Rasulullah SAW sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah SAW juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi.Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud:
"Wahai Tuhan kami, Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan,di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah swt.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa. Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah SWT.

Penganalisis:
Semoga kita semua mengambil iktibar dan pedoman serta berusaha meningkatkan amal ibadat kepada Allah SWT. Penganalisis ini menyeru kepada semua pembaca Politik UPSI supaya bertaubat dan ikhlas menjalankan ibadah puasa bukan kerana terpaksa. InsyaAllah, amalan kita akan diterima Allah. Selamat beramal~

Sumber: Al-Islam.com

Pembohongan Nyata Oleh UPSIKINI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan bulan penuh barakah. Semoga amalan kita diterima ALLAH. Penganalisis ingin menunjukkan pembohongan nyata dan terang-terangan UPSIKNI. Mahasiswa bijak bestari, jangan tertipu dengan pembohongan dan tipu dusta UPSIKINI. Temuramah UPSIKINI dengan Akhmal Mahatzir yang menggunakan Yahoo! Messenger (YM) menimbulkan keraguan penganalisis. Bayangkan, dengan menggunakan YM, saudara akhmal mahatzir boleh memberi ulasan dan jawapan panjang berjela sedangkan YM hanya terhad kepada beberapa huruf. Mahasiswa UPSI sekali lagi diperbodohkan oleh UPSIKINI.

Lihat dibawah ini:
Apabila penganalis copy and paste jawapan akhmal mahatzir dalam windows YM, hanya sebahagian sahaja yang tertera. Terbukti! UPSIKINI memang menyampaikan berita palsu...




Penganalsis:
Sudah-sudahlah UPSIKINI, banyakkan beristigfar..Ingat ini bulan mulia..marilah kita bersama-sama bertaubat.. Bercerita pasal Akhmal Mahatzir, tunggukan penampilan khas Akhmal Mahatzir tidak lama lagi..Jangan terkejut sudah! Kepada Anggota AMI, teruskan usaha murni anda, Penganalisis menyokong tindakan anda. Lagi cepat lagi bagus. Tak sabar Penganalisis nak melihat isu ini dalam parlimen.Kah..kah..kahh.. Boleh tak penganalisis ingin menyertai AMI? Rijaluddin yang buat surat terbuka ker yang jadi presiden? respon...

Semoga bersedia menghadapi peperiksaan..






Penganalisis:
Penganalisis mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Gunakan masa ini untuk mengulangkaji pelajran. Terima kasih kepada pengirim video ini.

Bersantai bersama penganalisis...



Penganalisis:
No komen~

EKSKLUSIF : PUSAT ISLAM ANTARA DALANG PRO MAHASISWA UPSI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam ramadhan penuh barakah. Semoga segala amalan diterima dan diberkati ALLAH swt. Paparan ekslusif Politik UPSI kali ini lebih mengejutkan apabila penyiasat POLITIK UPSI telah bersama-sama dengan sekumpulan mahasiswi UPSI yang telah didoktrin di Universiti Malaya sebelum bulan Ramadhan. Walaupun hanya segelintir sahaja mahasiswi telah terpilih namun agen POLITIK UPSI telah berjaya terpilih menyertai program wajib tersebut sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada tahun ini.

Ini adalah wajib sebagai sumpah setia terhadap gerakan mereka. Penganalisis tidak menolak segala aktiviti kerohanian yang dijalankan namun terkilan kerana fahaman mereka adalah untuk meluaskan empayar parti politik yang menjadi penaja utama mereka semasa pilihan raya kampus. Pro mahasiswa, hati-hati kerana penganalisis semakin menghampiri anda semua.

Lebih mengejutkan, agen POLITIK UPSI menyatakan bahawa Pusat Islam UPSI juga terlibat secara langsung dalam melahirkan bakal pemimpin Pro Mahasiswa. Beberapa orang telah dikenal pasti yang mendalangi ideologi tidak sihat ini di UPSI. Penganalisis akan paparkan bukti-bukti untuk pihak universiti mengambil tindakan kepada pihak yang berkenaan. Nasihat penganalisis, sebagai seorang pegawai universiti dan berpendidikan agama, jangan meracuni pemikiran mahasiswa tetapi menasihati golongan ektremis ini untuk tidak menggunakan parti politik luar dalam pilihan raya kampus dan janganlah mempergunakan mahasiswa sebagai boneka parti politik anda. Pusat Islam UPSI anda dalam pemerhatian penganalisis! Lensa penganalisis sedang menjalankan tugas.

Penganalisis:
Hati-hati kepada semua. Agen Politik UPSI sedang menjalankan siasatan. Adakah Pro Mahasiswa masih menggunakan PMI UM untuk PRK kali ini? Adakah benar proksi ASPIRASI menerima wang daripada UMNO? HErmm..nantikan paparan ekslusif Politik UPSI... Selamat beramal~

Rashid Punca Pelajar DPLI Berasa Dianaktirikan...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan bulan mulia penuh keberkatan. Semoga amal ibadah kita diterima. Penganalisis sekali lagi menyiasat isu berkenaan pelajar DPLI yang berasa dianak tiri. Adakah ia berpunca daripada Saudara Rashid dan konco-konco SMU. Tersenyum penganalisis membaca artikel UPSIKINI. Atas dasar perikemanusiaan, penganalisis berusaha menghubungi beberapa pelajar DPLI.

Hasil daripada perbualan tersebut, boleh penganalisis rumuskan bahawa mereka berasa selesa dengan perkhidmatan UPSI kecuali dari segi penginapan kolej. Rata-rata hasil perbualan penganalisis menyatakan mereka tidak mengenali siapa Rashid. Timbul persoalan mengapa Saudara Rashid menjadi bahan fitnah UPSIKINI? Namun, mereka sangat menghargai SMU kerana telah melayan mereka dengan baik sepanjang MSK DPLI dan ada antara mereka yang menyatakan MSK UPSI jauh lebih baik berbanding dengan UKM dan UM. Walaupun penganalisis bukan penasihat MSK, terasa bangga dengan pujian yang dilontarkan. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, namun ia tidak menyusahkan pelajar-pelajar DPLI. Penganalisis ingin mengucapkan terima kasih kepada responden-responden yang sudi berkongsi informasi.

UPSIKINI sekali menjadi medan memfitnah dan membohong. Satu perbuatan yang patut disangkal dan dikutuk. Penganalisis berharap agar krew UPSIKINI dan Pro Mahasiswa UPSI sedar akan segala tindak tanduk anda kerana anda memperjuangkan agama namun ia sekadar topeng. Memalukan!

Penganalisis:
Jangan kerana anda keharmonian UPSI terjejas dan mahasiswa berbalah satu sama lain. Marilah kita menghidupkan konsep 1Malaysia. Peace No War~

Penganalisis cabar UPSIKINI dan sekutunya, PRO MAHASISWA UPSI!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Mohon maaf atas kelewatan penganalisis mengemaskini entry baru untuk blok ini. Almaklumlah..terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu penganalisis laksanakan sebelum masuk campur hal ehwal politik mahasiswa. Perjalanan Istiadat dan Pesta Konvokesyen berlansung dengan lancar walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang cuba ditimbulkan oleh segelintir mahasiswa yang sensetif dengan isu kosert. Namun bagi penganalisis, isu hiburan yang boleh menyebabkan kepincangan keintelektualan serta meruntuhkan ahklak mahasiswa pendidik rasanya perlu dibincangkan dengan rasional dan bukan atas ikut telunjuk parti politik luar. Cuba bayangkan, jika konsert yang terkawal itu boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan keintelektualan, bagaimana untuk membendung penularan blog, website dan video pornografi dalam kalangan mahasiswa? Menonton konsert luar negara yang lebih tidak bermoral? Semuanya boleh diperolehi dengan mudah hanya dihujung jari. Apa peranan anda? Fikir-fikirkan...

Isu kontroversi Auditorium UPSI yang menjadi gimik Pro Mahasiswa menerusi agennya UPSIKINI semakin hari semakin melatah dan menggelikan hati pembaca. Penganalisis ingin mencabar UPSIKINI dan Pro Mahasiswa untuk membawa isu ini di Parlimen dan bukan hanya omong-omong kosong ceritera kedai kopi. Janganlah hero di blog, bacul..penakut dengan dunia sebenar. Saya cabar!! Selepas isu RM36000 terjawab, isu ini pula menjadi mainan golongan tidak bertanggungjawab. Atas nama pejuang agama sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politik mereka. Nauzubillah~

Isu pelajar DPLI dianaktirikan? sesuatu diskriminasi yang perlu dielakkan. Sebab dasar UPSI yang adil untuk semua mahasiswa tidak mengira kaum, agama, umur dan sebagainya. Namun, pandai UPSIKINI memutarbelitkan isu supaya menunjukkan UPSI tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada mahasiswa. Universiti adalah universiti dan mahasiswa seharusnya tampil untuk mendapatkan informasi, perkhidmatan dan sebagainya. Pelajar ISMP juga perlu melakukan benda yang sama. Nasi tidak akan masuk ke mulut kalau tidak ada tangan yang menyuapkannya. Pelajar DPLI dan ISMP sendiri yang perlu berusaha untuk dilayan dan dijaga hak-haknya. UPSIKINI sekali lagi menjadi medan untuk membatu api mahasiswa di UPSI.

Penganalisis sudah maklumkan kepada mahasiswa bahawa UPSIKINI sudah diblok dan diharamkan oleh pihak universiti. Apa petandanya? Ini menunjukkan bahawa UPSIKINI adalah medium yang penuh dengan unsur-unsur fitnah dan pembohongan. Terkini, penulis dan sekutu UPSIKINI akan dipanggil oleh pihak universiti dan polis untuk disoal siasat berkenaan penyebaran informasi palsu berkenaan H1N1 di UPSI.

Jadi mahasiswa seharusnya katakan tidak kepada UPSIKINI. Bijaklah menilai sebagai seorang mahasiswa pendidik. Salam takziah untuk buat UPSIKINI dari POLITIK UPSI.


Penganalisis:

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan manfaatkanlah bulan penuh barakah ini dengan amal ibadat dan jauhkan dari fitnah dan pembohongan. Semoga segala amal kita diterima oleh ALLAH swt.