Siapakah dalang PRO Mahasiswa UPSI?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Rasanya lama penganalisis tidak menerjah isu politik upsi ini. Almaklumlah, terlalu sibuk menguruskan hal ehwal akademik pelajar. Macam-macam karenah dan sekali sekali terfikir juga penganalisis ada kalangan mahasiswa UPSI yang masih tidak matang dan tidak boleh berfikir secara rasional.

Jadi kali ini penganalisis ingin memberi tahu bahawa mahasiswa UPSI juga ada yang tidak matang dalam politik kampus sehingga terjebak ke kancah politik luar seperti UMNO, PAS, KEADILAN dan sebagainya. Bibit perjuangan UMNO tidak begitu kelitahan di UPSI kerana mahasiswa yakin bahawa UMNO adalah perjuangan BANGSA MELAYU dan tidak perlu melibatkan mahasiswa di kampus, cukuplah sekadar pimpinan ahli politik. Namun apa yang dirisaukan adalah penularan ideologi PAS dan Keadilan begitu terdesak dan sanggup memanipulasi mahasiswa UPSI. Apabila penganalisis melayari beberapa blog mahasiswa UPSI yang begitu berani menyatakan sokongan kepada PAS dan KEADILAN serta DAP, ia amat menakutkan dan menyedihkan. Agenda Pro Mahasiswa contohnya mendapat restu dan sumbangan secara terus dan sokongan daripada PAS dan KEADILAN. Inilah yang dinamakan politik kampus dicemari politik luar.

Siapakah dalang Pro Mahasiswa UPSI yang begitu liberal menipu dam memperdaya sekalian pengikut Pro M di UPSI? Beliau bukan sahaja berani dan lantang menyuarakan pemansuhan AUKU dan ISA sehinggakan ia lupa bahawa itu semua adalh demi memastikan kampus dan negara dalam keadaan aman sentosa tanpa sebarang rusuhan dan propaganda pro pembangkang. Jika sebelum Anwar Ibrahim dilepaskan dari penjara, negara kita aman walau ada percanggah pendapat politik tetapi ia masih dalam keadaan terkawal. Sekarang bagaimana? FIkir-fikirkan lah...

Insan yang penganalisis maksudkan adalah Saudara Arif yang merupakan salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar MPP yang bertanding atas tiket Pro Kebajikan dan kini memegang port folio sebagai Exco Akademik dan Kerjaya. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan penggerak Pro Mahasiswa Malaysia dan cuba mengunakan jawatan yang ada kini untuk mencari seberapa pengikut bagi menjamin kemenangan parti politik seperti PAS dan Keadilan pada masa akan datang.



Itu adalah antara bukti bahawa Arif mempunyai hubungan yang rapat dengan saudara Faizal, penggerak Pro M dan juga tali barut parti PAS dan Keadilan. Faizal telah dijemput oleh Pro M UPSI dalam satu majlis rakaman bual bicara Suara Siwa di Dewan SITC UPSI. Hubungan yang rapat ini memberi petunjuk bahawa arif merupakan dalan Pro M du UPSI. Dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang juga memperlihatkan bahawa graduan UPSI yang menjadi penggerak Pro M atau Pembangkang bersungguh-sungguh berkempen untuk calon PAS yang bertanding dana ada seorang bekas pelajar UPSI mengibarkan bendera DAP walau di dalam kad pengenalan nyer jelas menunjukan beliau seorang Islam. Namun dek ceteknya akal dan pemikira, akhirnya menjadi pegikut tidak bermaruah. Justeru, penganalisis tidak ingin mempengaruhi sesiap pembaca dan mahasiswa UPSI, tetapi renung-renungkanlah betapa jijik dan kotornya perancangan mereka dengan memanipulasi mahasiswa ke arah yang tidak sihat.


Penganalsis: Sila semak link berikut untuk mengetahui apa itu pro mahasiswa atau dikenali sebagai pro kebajikan di UPSI. Selamat menganalisis!

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum/salam sjahtera...
daripada pmbacaan saya terhadap penulisan anda jelas menunjukkan anda tidak matang dalam berpolitik n belum layak untuk menjadi penganalisa politik. lebih sesuai rasanya anda untuk berada di warung2 sambil minum kopi n memberi komen berkenaan dengan politik dan bukannya melalui penulisan kerana ini secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti mahasiswa UPSI.
izinkan saya untuk menjawab sedikit sebanyak berkenaan dengan hujah anda yang saya lihat kurang matang. anda dengan yakinnya menyatakan mahasiswa UPSI tidak matang dalam politik kampus kerana terjebak dengan politik luar seperti UMNO,PAS dll. sedarkah anda apakah sebenarnya tujuan pilihanraya kampus(PRK) ini diadakan..adakah sekadar untuk suka2..tujuannya adalah untuk menyediakan barisan pemimpin muda kearah kancah politik yg sebenar. adakah anda yakin dengan berpolitik dalam kampus mampu untuk menyediakan pemimpin muda ini untuk berada pada situasi politik sebenar selepas grad dari U kelak???fikir2 n renung2kanlah. jangan berbicara berkenaan penularan ideologi pas/keadilan dsbgnya kerana ideologi umno telah lama menular sebelum ini tidak pulak dibahaskan..saya nasihatkan anda untuk banyak mengkaji n berfikir...
berkenaan dengan AUKU, saya nak tanya anda, barisan pemimpin2 yang hebat skang ni adakah mereka ini dikongkong oleh AUKU sewaktu belajar di universiti?saya nasihatkan anda ke indonesia ms musim2 PRK sana n bandingkan calon2 MPP sana dengan calon2 MPP d U anda..mahasiswa d sana tidak dikekang AUKU n anda boleh lihat pemimpin mahasiswa yang lantang berhujah..Bgsla DSAI kembali..baru berkembang politik Malaysia. Kalo bukan kerana DSAI sudah pastu UMNO tidak akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki parti mereka kerana takut dengan pndedahan scandle2 rasuah yg amat memalukan..tu baru sikit, banyak ag kesan baik daripada sekembalinya DSAI ke kancah politik.
anda tidak profesional dalam menulis analisis politik kerana menyatakan nama seseorang tersebut tanpa bukti yang sahih. sekiranya saya ingin mohon bukti daripada anda sudah pasti anda gagal untuk memberi bukti yg sahih..jangan seperti NST mfitnah DSAI dan akhirnya didenda RM100k..
sungguh jumud pemikiran anda sehingga menafikan seseorg itu untuk menyokong parti yang dipercayainya..mahasiswa berhak untuk menyokong mana2 parti.seperkara lagi, adakah DAP itu bermaksud kaum cina/india???lainla seperti UMNO,MCA,MIC yang terang2 parti perkauman..adakah anda tidak tahu ada calon Islam yang bertanding untuk parti DAP?adakah kafir untuk orang Islam menyokong DAP yang jelas lagi nyata bukan parti perkauman atau keagamaan?..fikir2kanla..
sampai disini dulu yg mampu untuk meluangkan masa membetulkan kesilapan manusia.

Anonymous said...

Burukkah seseorang jika menyokong pembangkang? Dengar2kan cerita ini yang berdasarkan pemerhatian kasar saya ketika hidup pada zaman politik kampus yang HANGAT:

Di sebalik pelaksanaan AUKU, pernah dahulu wujud istilah pro-aspirasi dan pro-pembangkang (yg kini ditukar kepada pro kebajikan,pro aspirasi, pro -mahasiswa dan ntah apa lagi lah). Dan ketika itu sering kita dengar UPM dikuasai calon pro-aspirasi, Uxx dikuasai calon2 pro-pembangkang di media massa baik media yg dikuasai kerajaan mahupun pembangkang. Apakah makna pro-aspirasi? APakah makna pro-pembangkang? secara mudah, pro-aspirasi menyokong idea2 kerajaan dan pro-pembangkang menyokong idea2 pembangkang. Keadaan ini nyata sangat ironik dengan peraturan AUKU yg menyatakan bahawa para pelajar tidak boleh melibatkan diri dalam dunia politik luar. Kenapa istilah tersebut digunakan? Ini kerana politik kampus ketika itu menjadi kayu ukur bagi jentera pilihanraya kerajaan untuk melihat sejauh mana kekuatan pembangkang pada ketika itu. Begitulah juga sebaliknya.

Kerana wujudnya istilah pro-aspirasi dan pro-pembangkang, kita dapat lihat betapa berwarna-warni dan hangatnya pilihanraya kampus ketika itu, semuanya sibuk berkempen untuk memenangkan calon2 mereka. Tidak seperti p/r kampus sekarang yang hambar dan kurang mampu menarik pelajar2 utk menunaikan tanggungjawab mengundi mereka. Sedangkan kesedaran utk keluar mengundi spatutnya dipupuk sejak di kampus lagi. Kita sebenarnya sedang menghasilkan mahasiswa-mahasiswa yang malas mengundi! IPTA2 di negara ini sedang menghasilkan mahasiswa-mahasiswa yang tidak peka dengan kepentingan politik dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi! Keadaan ini setentunya sangat malang bagi institusi2 pendidikan yang sepatutnya menghasilkan rakyat yang bertanggungjawab.

Memenangi PRK pada ketika itu bukanlah mudah, pro-aspirasi menghadapi tentangan yang hebat daripada pro-pembangkang, begitu juga sebaliknya . Wujud kes2 di mana HEP sedaya upaya cuba memenangkan calon2 tertentu sehinggakan diberi sedikit dana dan kemudahan untuk jentera kempen. Wujud juga kes-kes di mana calon-calon tertentu dipanggil dan diugut untuk tidak bertanding. Disebabkan wujud keadaan2 seperti ini, maka calon2 pada ketika itu sangat peka dengan undang2 dan peraturan pilihanraya, sehinggakan segala aspek perundangan berkaitan dikaji dan diteliti utk dipergunakan sebaiknya. Segala isu dianalisis dan disoroti sedalamnya untuk menyerang pihak lawan. CAlon-calon pada ketika itu sangat agresif dan punya kaliber yang tinggi. Itulah sebenarnya langkah pertama ke arah penghasilan pemimpin yang berani bersuara dan luas pandangannya. Bagaimana pula dengan keadaan sekarang? Calon2 tidak perlu bekerja keras kerana tidak ada cabaran langsung dalam PRK. Realitinya, kita menghasilkan pemimpin2 yang pasif dan tumpul fikirannya.

Sokongan terhadap pembangkang tidak wajar dilihat sebagai sesuatu yang buruk dan bukanlah suatu yang baik juga jika kita hanya menurut sahaja apa yang disogokkan oleh kerajaan. (Bukanlah sesuatu yang baik juga jika terlalu emosi dan terlalu agresif dalam perjuangan sehingga merosakkan keharmonian di kampus.) Kalau kita lihat sekalipun, sebenarnya kerajaan sangat bergantung kepada kritikan pembangkang dalam melaksanakan sesuatu. Kritikan pembangkang menggambarkan suara dan kehendak rakyat. Kalaulah tidak ada perjuangan memartabatkan Islam oleh pembangkang maka mungkin negara kita akan menjadi sebuah negara yang sangat sekular di mana akhlak rakyatnya lebih hancur berbanding yang kita lihat sekarang. Begitulah juga halnya dengan politik kampus. Rahsia kekuatan dan kaliber calon pro-aspirasi adalah dari kekuatan jentera p/raya pro-pembangkang yang perlu mereka atasi. Rahsia kekuatan calon2 pro-pembangkang pula adalah keinginan mereka untk membuktikan kpd HEP bahawa mereka juga boleh membuat kerja (walaupun tidak disukai). Sayang sekali keadaan ini sudah tidak wujud lagi. Saya yakin para pensyarah dan pihak HEP juga amat merindui keadaan ini.

Anonymous said...

Apa yg saya kata mungkin tak ada kaitan dgn topik ni. Cuma agak hairan apabila pelajar-pelajar tidak lagi dapat buat post baru dlm ruangan forum di portal upsi semenjak pertengahan semester lalu. Hal ini mungkin sekali bertujuan menutup mulut pelajar akan isu2 tertentu yang berlaku di upsi seperti lambatnya keluar keputusan peperiksaan (yang terkini). Kerja siapakah ini? Di manakah peranan MPP dalam memperjuangkan hak bersuara pelajar? Paham2 sendiri ya! Ditujukan buat kedua2 baik pro-mahasiswa mahupun pro-kebajikan

Anonymous said...

Dengar2 cerita PTPTN mungkin masuk lambat semester ni, kata diorang mungkin akan masuk 21 Januari ni. Ada yang kata PTPTN buat sistem baru. Ada yang kata duit dah ada di bendahari, cuma di'pegang' dahulu (ada la faedahnya untk diorg kononnya, ntah la). MPP! Jalankan tugas anda!

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Anonymous said...

msm bodo wei...cni ke nk jd ckgu bitara...bek jdi bdk giat mara cm aku..blah la bdk upsi

Anonymous said...

Elok jangan ambil student upsi posting....biar mereka cari kerja sendiri. Buat permohonan sendiri dan biar mereka ikut kemampuan mereka masa ujian dan temuduga. Buka permohonan melalui iklan dan keperluan semasa bila ada kekosongan sahaja...Barulah KPM dapat guru yang berkualiti. Kalau tidak mereka masuk UPSI dan beranggapan KPM Wajib dan perlu sediakan mereka pekerjaan. Kalau tak ambil dan lambat posting mereka ugut kerajaan. Jangan dilayan..

Anonymous said...

tak perlu lah nak memburukkan sesiapa..muhasabah diri sendiri itu lebih baik..betapa ramai manusia yg hati dan jiwanya kotor di akhir zaman ni...nauzubillah...

Post a Comment