Akmal Madzir : Kepimpinan dan sumbangan?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Salam bulan penuh barakah, disajikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ramadhan menguji kesabaran menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu dan godaan jiwa. Semoga kita dapat melaluinya dengan jaya disulami selaut rahmat. Kali ini penganalisis ingin kupaskan YDP MPP Kebajikan, Saudara Akmal Madzir. Beliau yang digembar-gemburkan sebagai YDP MPP terpaksa akur dengar keputusan mesyuarat pembentukan kabinet apabila suara majoriti tidak menyebelahi beliau. Penganalisis juga turut berasa simpati. Beliau yang telah berjaya memancing undi sehingga meraih undian tertinggi bagi kerusi umum dalam pemilihan MPP tahun lalu. Namun, atas semangat dan dasar perjuangan menjaga kebajikan mahasiswa UPSI, beliau telah diberi mandat untuk memegang Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (LPS). Satu tanggungjawab yang begitu besar! Atas semangat setiakawan dan bai’ah yang telah dilafazkan, saudara Akmal telah diangkat sebagai YDP MPP Kebajikan oleh proksi kebajikan sehingga seringkali membuat kenyataan dan tindakan melangkaui YDP MPP dan Majlis Tertinggi MPP. Syabas atas keberanian saudara.

Selama hampir 1o bulan memegang tugas sebagai Exco LPS MPP, dan hanya berbaki lebih kurang 2 bulan lagi penganalisis telah menganalisis sumbangan dan jasa beliau dalam memegang tugas sebagai Exco LPS dan “YDP MPP” palsu. Berikut adalah antara sumbangan YDP MPP Kebajikan Kebajikan tersebut:

1. Seminar Rawatan Alternatif [macam tiada kaitan dengan portfolio beliau]

2. Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan [PPI UPSI tidak mampu buat kot...]

3. Majlis berbuka puasa [siapalah jemputan beliau...?]

4. Sumbangan 10 pasang selipar di surau UPSI [macam tak cukup jer..hilang kot..]

5. Forum Perdana Pesta Konvokesyen – TARIK DIRI [alasan...Pesta Konvo, Pesta maksiat...Ker tak mampu?]


Empat sumbangan yang “besar” dan sangat penganalisis kagum(Sangat kagum). Dalam hati penganalisis terdetik, inikah yang disanjung oleh proksi kebajikan sehingga sanggup meletakkan Akmal sebagai Calon YDP MPP. Kuasa Allah... kerana Allah lebih tahu siapa yang lebih layak memegang jawatan tersebut. Bayangkan, dalam masa hampir 10 bulan, beliau hanya mampu menjayakan program-program tersebut. Saya rasa persatuan lain mampu melakukan program yang lebih besar dan signifikan terhadap mahasiswa tanpa perlu memegang jawatan MPP.

Sekadar perbandingan Exco LPS MPP 08/09 dengan Exco LPS 07/08. Berikut adalah antara sumbangan dan program yang telah berjaya dilaksanakan:

1. Tilawah Al-Quran Peringkat IPT Kali Ke-3 dan Jemputan ASEAN [tahun ni takder..tak mampu kot]

2. Kursus dan kem pemantapan Rakan Exco MPP

3. Perhimpunan aman (dengan izin Naib Canselor) Bantahan Filem Fitna Ahli Politik Belanda, Geert Wilders dan penyerahan memorandum bantahan warga UPSI ke Kedutaan Belanda

4. Membasuh dan menukar kain telekung wakaf surau-surau fakulti pada setiap minggu.

5. Menjalankan kutipan derma bagi surau-surau UPSI

6. Memberi sumbangan sebanyak 100 unit telekung sebagai wakaf di surau-surau UPSI

7. Memberi sumbangan selipar di setiap surau-surau UPSI

8. Pemantauan bas kitaran pada setiap hari Isnin

9. Pemantauan harga makanan di kafetaria dalam kampus dan kolej pada setiap hari Selasa dan Khamis

10. Diskusi dan bual bicara ilmiah bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

11. Menyertai Rakan Masjid Selangor

12. Pengajuran Program Pendidikan Bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

13. Menganjurkan Sambutan Maal Hijrah dengan kerjasama Pusat Islam UPSI

14. Menyelesaikan masalah sahsiah diri pelajar dengan bersemuka dan diskusi

15. Menganjurkan Seminar Komunikasi dan Persediaan Menghadapi Temuduga

16. Seminar Hari Guru dan Diskusi Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia khusus untuk pelajar semester 7

17. Program bersama : Kempen “Saya Guru Bitara”

18. Mengumpul sumbangan dan derma untuk masyarakat Kemboja

19. Mencari dan mengumpul penama Akikah dan telah dilakukan di Perkampungan Islam Krobay, Kemboja.


Senarai diatas adalah antara sumbangan dan penglibatan Exco LPS 07/08 dan ini memberi satu gambaran negatif terhadap kepimpinan saudara Akmal. Penganalisis melihat saudara Akmal lebih cenderung menggunakan platform MPP ini untuk menyelesaikan isu-isu nasional seperti Gerakan Mansuh ISA, akhirnya tanggungjawab menjaga kebajikan mahasiswa seperti yang dilaungkan hanya sekadar angan-angan Mat Jenin. Hanya jaguh di dalam blog bukan bermakna anda mampu melakukan segalanya. Mahasiswa hari ini bijak dan mampu menganalisis setiap tindak tanduk MPP.

Dalam Pemilihan MPP yang lalu, Saudara Akmal dengan mottonya, “Berkhidmat untuk kebajikan mahasiswa” telah membawa manifesto serta berjanji untuk,

"Menjaga kebajikan mahasiswa dari segenap sudut iaitu aspek kewangan, keselamatan, kitaran bas UPSI, denda-denda di fakulti yang tidak relevan dan yang paling penting apa yang disuarakan oleh mahasiswa saya akan berusaha untuk menepatinya"

Namun, sehingga kini, apa yang telah berjaya ditunaikan? Tepuk dahi tanyalah minda. Tepuk dada tanyalah iman. Jadi penganalisis bersyukur kehadrat Illahi kerana Saudara Akmal tidak diangkat sebagai “Amir” atau YDP MPP UPSI sesi 08/09. Cukuplah sekadar fatamorgana dan ilusi proksi kebajikan dengan menganggap Saudara Akmal Sebagai YDP MPP mereka. Sudah ternyata lagi bersuluh, kepimpinan beliau sekadar untuk mengisi kekosongan dan boneka parti politik luar. Mahasiswa yang membaca entri ini, berfikirlah secara waras dan rasional apa sebenarnya yang ingin penganalisis ingin sampaikan dan bukanlah sengaja menyampaikan berita-berita sensasi. Kadang-kala yang benar itu pahit dari yang kita sangka.

Penganalisis:

Saudara Akmal, Jika penganalisis salah, anda boleh menafikan kenyataan penganalisis ini! Emailkan kepada politikupsi@yahoo.com. Yahoo Messenger tak main. Hiduplah dalam dunia nyata bukan berfantasi dunia yang tidak pasti. Mahasiswa bijak bestari analisislah dengan waras dan rasional.

12 comments:

bicarawanita said...

ada 1 lagi program khas ajuran LPS MPP dan pusat islam untuk mahasiswi UPSI dan staf UPSI... bicara wanita... kena buat semasa bdk lelaki solat jumaat (12-2ptg)... setiap minggu ada... kepada yang bergelar wanita marilah datang... banyak yg dibincangkan tentang masalah wanita... hanya utk wanita saja tau...

Anonymous said...

kenapa akmal tidak menjadi YDP
sebab kecacatan demokrasi di upsi, mandat terbayak telah diberikan kepada akmal, tetapi pihak di sana degan sokongan HEP telah mencabulnya. SIAPA YANG LEBIH GILA KUASA..SIAPA YANG PENAKUT.
nk taye jugak, berapa bajet yang diluluskan untuk MPP dan setiap exco, berapa kos yang di peruntukan...adakah semua dapat peruntukan sama rata..lebihan duit MPP, kemana disalurkan.
.nk taye jugak..kita buat programn xgune duit ke...
dan setahu aku jugak, akmal dipecat dari mempengerusikn mjlis forem...

Anonymous said...

salam.
dah2 la menfitnah.

kamu tau ke?

budget lps dipotong.
sepatutnya 4000,
tapi dapat sikit je.
siapa salah?
nak wat program macam mana?

lagu tentang konvokesyen tu,
bukan akmal tarik diri,
dia dipecat oleh si saifuddin tu!

pi tanya si saifuddin tu....
kotor tul!

Anonymous said...

salam..
setau sy setiap exco diberi peruntukan rm4000 bg menjalankan program.sama seperti mpp yg lps.. so x de alasan le knapa x mampu nk wt prog...memalukan je..nape mpp lepas x de masalah nk wt tilawah al-quran?sbb mpp lps x byk alasan dan mencari alasan mcm mpp skarang.memalukan sungguh...lg pun mmng exco tersebut takut nk anjurkn prog yg high impact.tu yg wt prog secara kecil-kecilan..itu pun dibntu kuat oleh p.islm..kalo x...x tau le...

akmal madzir nk uruskn forum perdna..lawak je bunyi nya..hahahahaha..bukan mpp kebajikan boikot konvo ke????betul ke ikhlas nk wt forum???kalo betul iklas..knpa x tolong kutip tabung kemboja sepanjang konvo..ini tidak,asyik edarkan flyer fitnah kt mak bapak n pengunjung sepanjang pesta…
kalo x sbb akmal madzir tarik diri pun,memang patut pun syaifuddin pecat dia..dari menanggung biawak hidup dlm pesta konvo…biawak hidup?cm pernah je dngr ayat ni..hahahha

Anonymous said...

masalah ye peruntukan di beri kepada kebajian hanya 1000...ko igat nk buat program gune air liur ke..ha...

Anonymous said...

Setiap Exco mendapat bajet yg sama banyak iaitu RM 4000. tidak kira samada MPP kebajikan atau MPP Kualiti.sama je.x de double standart..sudah2 le..jgn bg alasan..lg pun mpp kebajikan mmng dh biasa guna air liur untuk tabut janji2 manis walaupun mulut berbau busuk...so x de masalah le kalo wt program pakai air liur kn?..huhuhu...tunai kn dl manifesto..huhuhu

Anonymous said...

hahah...saya rasa awak ni MPP gak kot..x pon kuli MPP.that y tau budget dapat baper...tapi cuba ko selidik, btol la diorg dpt budget sket je berbanding MPP len...x adil...meeting diberitau last minit, g jmpa PM pon x diberitau..baguih btol YDP MPP kali ini..ketua yg x berhati perut...

Anonymous said...

hahaha...kalo bukan mpp kebajikan, ko mesti biawak yg dibela oleh diorang kan???nama pun mpp,biasa le kalo de meting adhoc,x kn le nk jemput awl2..itu pn nk berkira ka...cuba ko selidik,brpa p/work diorg mintak kt bendahari mpp,brape pulak yg bndhri lulus kn?setau ak 1 sen pun asree x pernah cut...tp pelik gak,kalo setakat prog joint venture ngn jmk n p.islm nk mintak bajet byk2..hahaha.lwak je bunyi ny..

gi jumpa PM nk ikut ka?cuba ko ty akmal,brpe kali dia naik ofis,brape kali dia jumpa hairie sbg bos bl nk wt prog?prnah x bincng pe2 ngn hairie?kalo hairie x ajak dia pun mmng patut pun...baguih exco mcm ni..sngt2 berhati perut..

kalo aku jd hairie,kompem ak lupa ad exco cam ni dlm mpp

''dunia...dunia....jgn jd kn akhirat sbg alasan."

Anonymous said...

kamu ni plak tali barut MPP kualiti kan? apa maksud 'dunia...dunia..jgn jd kan akhirat sbg alasan?'..ko x kan smpai ke akhirat ke? x pe la. kita jmpa kat 'sana' nt

Anonymous said...

hahaha...melenting? lu pk le sendiri maksud ayat tu...korang kn mempunyai tahap 'keintelektualan' yg tinggi..

ko try le selidik post2 yg ak pernah komen sblm ni...lps 2 terpulang le pada ko mana yg ko nk percaya...x guna nk bertekak dlm ni..x dpt pahala ramadhan pun..

cutekam said...

setakat komen guna nama anon baik takyah.. takut kot.. guna r nama sendirik sumer.. 2 2 pihak penakut kot. 2 2 pihak cakap sal keberanian segala tapi tak der lak expose diri. kenapa? ini lah penyebab fitnah tak habis2. nak kutuk n fitnah orang tak berlapik lak nama, bila nak bagi komen dan dan guna anon pehal..

Anonymous said...

kami pon benci pada pembohongan yg dilakukan oleh barisan YDP MPP 06/07, 08/09 ..mana dt yg kalian makan utk mengenyangkan perut masing2..kata nak bagi baju sejuk pada kami tp sampai sekarang xdpt lg..pendrive yg bagai pon xberkualiti..guna sekali teruk rosak...

Post a Comment