REALITI KARNIVAL SEMARAK WARISAN (KASWA) KUO

jaAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini, penganalisis terkejut dengan kenyatan sebuah blog yang menyatakan Saudara Izi (kini mantan YDP JMK KUO) telah menyeleweng duit program KASWA anjuran KUO di mana beliau bertindak selaku pengarah program. Program yang berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2009 membuka tirai karnival hari terbuka kolej-kolej kediaman dengan bertemakan seni warisan budaya dan membina integrasi kaum dalam kalangan mahasiswa UPSI. Pelbagai program telah dilaksanakan bagi memastikan objektif tercapai. Namun, sudah menjadi kelaziman dalam setiap tindakan manusia, pasti akan ada kekurangan dan kelemahan. Lebih-lebih lagi jika dalam usaha mencari ilmu dan menambah pengalaman, melakukan kesilapan seakan-akan lumrah yang akan mematangkan kita.

Adakah KASWA KUO adalah suatu kesilapan yang besar dan mengundang kepada perletakkan jawatan Saudara Izi selaku YDP KUO? Penganalisis melihat ia seperti sebuah konspirasi yang harus disiasat dan didedahkan kepada umum. Menurut sumber dari seorang yang berautoriti di KUO, Karnival anjuran Saudara Izi mendapat keuntungan sebanyak RM5450.00 setelah pelarasan dilakukan. Kedudukan kewangan juga telah dibentangkan di hadapan Pengetua KUO, barisan fellow, dan JMK KUO. Di sini penganalisis berasa musykil kerana isu kewangan KASWA diwar-warkan defesit ternyata mempunyai agenda untuk memburuk-burukkan pihak-pihak tertentu khususnya mantan YDP KUO.

Menurut analisis yang dijalankan, perletakkan jawatan tersebut disebabkan oleh krisis pemilihan untuk memenuhi jawatan YDP KUO. Saudara Izi terpilih memegang jawatan tersebut disebabkan ketokohan dan pengalaman beliau menyebabkan ramai JMK "senior" berputih mata untuk mendapatkan jawatan tersebut. Permulaan JMK KUO yang baik tidak sampai ke penghujungnya kerana konflik dalaman JMK KUO berlarutan sehinggakan terpaksa melibatkan orang "ketiga". Menurut satu SMS yang dihantar dari teman baik penganalisis yang berkhidmat di KUO, perletakkan jawatan Saudara Izi bukan berpunca dari kegagalan penganjuran KASWA namun disebabkan faktor yang tidak diketahui. Pengetua KUO juga telah memberi masa selama seminggu kepada mantan YDP KUO berfikir untuk menarik semula surat perletakkan jawatan beliau.

Penganalis berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan ini untuk meracuni pemikiran mahasiswa dalam memburuk-burukkan pihak yang lain. Penganalisis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pemangku YDP KUO dan barisan JMK KUO dalam memberikan perkhidmatan kepada penghuni KUO.


Penganalisis : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Masalah dalaman organisasi jangan libatkan orang luar kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah namun sebenarnya mengeruhkan keadaan malah memalukan organisasi kita sendiri. Saya pun sayang bos saya...

0 comments:

Post a Comment