
"Jika sekiranya anda memilih saya sebagai MPP saya akan pastikan bahawa minggu study week akan dipanjangkan kepada 2 minggu. Saya merupakan pelajar biologi sangat memahami anda kerana dalam masa seminggu untuk mengulangkaji semua tajuk biologi memang tidak mencukupi"
-Petikan dari kata-kata Saudari Norhafizawati binti Mahmad Rozali pada PRK UPSI yang lalu.
Kini, selepas menjawat sebagai MPP selama hampir 4 bulan dan minggu kuliah pula kini mengjangkau minggu kelapan (ke-8), penganalisis masih tidak melihat sebarang tindakan yang diambil oleh beliau. Penganalisis berpendapat nasib mahasiswa UPSI tidak terbela kerana mahasiswa UPSI kini menagih janji-janji manifesto barisan MPP UPSI.
Penganalis : Nantikan senarai manifesto-manifesto MPPUPSI 2008/2009. Mari kita analisis bersama-sama.
0 comments:
Post a Comment