SMS Kecoh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penganalisis mendapat informasi melalui satu email yang mengatakan suasana perjalanan bengkel minggu suai kenal agak hambar dan suram berikutan terdapat tiga puak dalam organisasi pada kali ini. Minggu suai kenal yang telah diberi mandat kepada MPP untuk mengelolanya nampak tegang kerana terdapat skuad dari "Pro-Kualiti", "Pro-Kebajikan" dan "Neutral". Permasalahannya di sini, adakah disebabkan perbezaan ideologi menyebabkan mereka tidak mampu bersatu padu, bekerjasama dan bersatu hati?

Wujudnya puak-puak ini disebabkan wujudnya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan berlakulah perpecahan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi di UPSI. Bibit-bibit perpecahan orang MELAYU bermula dari kampus lagi dan bayangkan apabila semua mahasiswa ini menjadi anggota masyarakat suatu hari nanti..adakah harapan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan KONSEP SATU MALAYSIA akan tercapai?

Semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan tidak kiralah pro mana-mana pihak. Terdapat sebuah blog yang sering menimbulkan isu Pro Kualiti dan Pro Kebajikan serta menjadi "batu api". Yang lebih memudaratkan apabila penulis blog tersebut hanya menyampaikan berita yang berat sebelah dan ada maklumat yang tidak tepat. Nasihat penganalisis, janganlah kerana anda menyebelahi satu-satu pihak, anda sanggup memecahbelahkan bangsa dan agama kita.

Tindakan penulis blog mendedahkan seorang pegawai JHEPA yang bagi saya telah banyak membantu UPSI dalam segenap bidang adalah tidak berasas. En. Muzamil Mahil atau nama panggilan En. Muz merupakan tulang belakang kepada MPP sesi 05/06 (Diketuai oleh Saudara Ahmad Faizul) dalam menyelesaikan isu "posting" graduan UPSI yang tertangguh. Barisan kepimpinan seterusnya seperti Mohd Izwan dan Mohd Raimi juga banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar beliau. Selain itu, beliau juga telah banyak membantu melicinkan hal-hal berkenaan Minggu Suai Kenal, Pesta Konvokesyen, dan sebagainya. Tuduhan ke atas beliau mencampur tangan dalam gerakan pelajar tidak berasas sama sekali dan tiada bukti yang kukuh mengatakan beliau telah men"doktrin" puak-puak Pro-Aspirasi di UPSI. Penganalisis telah membuat sedikit siasatan sebelum mendedahkan maklumat ini. Kepada yang mengikuti blog ini, terpulanglah kepada hati naluri dan akal fikiran anda untuk menilai.

Harapan penganalis agar tiada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menjadi JAGUH GLAMOR sebagai meraih undi untuk pemilihan akan datang. MSK ini bukan medah untuk berkempen. Sama ada SMU relevan atau tidak menguruskan MSK, itu bukan persoalannya. Siapa sahaja yang diamanahkan, perlu menjalankan ia sebaik mungkin.

SMU atau Sahabat Mahasiswa Universiti tidak lagi diberi mandat untuk menguruskan MSK pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Diploma Pendidikan (DP) namun menurut sebuah blog, SMU telah diberi mandat untuk menguruskan pelajar-pelajar Sarjana dan Ph.D bermula 17 hingga 20 Jun 2009. Selain itu, menurut sumber SMU juga amat aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan di dalam dan diluar kampus. Tuduhan sebuah blog yang menyatakan SMU sebuah kelab yang tiada hala tuju serta menjadi proksi kepada Pro-Aspirasi adalah tidak benar kerana kerana menurut hasil analisis, tiada satu pun yang menghubungkan SMU dengan mana-mana organisasi politik tanahair seperti UMNO dan lain-lain. Apa yang penganalisis lihat, SMU membawa dasar-dasar kerajaan bukannya menerapkan ideologi parti politik.

Namun, Sebuah pihak lagi kerap kali menggunakan parti politik seperti PAS dan KEADILAN untuk menyalurkan maklumat dan menabur fitnah. Penganalisis berpendapat ini adalah aktiviti yang kurang sihat. Sebagai contoh, Mantan YDP yang lepas telah difitnah secara terang-terangan dalam Akhbar HARAKAH (PAS). Penganalis ada salinan artikel tersebut. Penganalisis ingin bertanya kepada mana-mana pihak untuk menjelaskan apakah hubungan PRO KEBAJIKAN dengan PAS. Pegawai-pegawai UPSI juga menerima fitnah menerusi Akhbar tersebut. Setiap apa yang berlaku di UPSI sebelum, semasa dan selepas pemilihan MPP pasti akan tersiar di akhbar tersebut. Kemelut pembentukan kabinet MPP juga menjadi bahan akhbar tersebut. Di mana ketelusan pihak ini? Jadi penganalisis berharap agar anda mampu menilai seadilnya. Sila layari http://mahasiswakini.com/(berani dan bebas) atau http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17812&Itemid=111 . Website ini akan mampu membantu anda berfikir sejenak sama ada penganalisis menyebelahi mana-mana pihak.

Bengkel MSK begitu sinonim dengan hiburan? Tidak tahu pula penganalis berkenaan hal ini. Kepada SMU yang menjadi SMS, janganlah terlalu mementingkan hiburan semata-mata namun tolong tumpukan kepada tugas yang diberikan. Bagi penganalisis berhibur itu tidak salah, tua atau muda, pelajar atau pegawai semuanya memerlukan hiburan. Yang penting hiburan itu tidak melalaikan dan merosakan atau membinasakan..cukuplah. Mungkin ada jiwanya terlalu sensetif terhadap perkataan hiburan jadi tolonglah menghormati golongan sedemikian.

Penganalisis berharap agar semua SMS bersatu hati dan bekerjasama dalam mengharungi MSK kali ini. Berikan layanan yang terbaik kepada ibu bapa dan pelajar baru serta lemparkanlah senyuman. Penganalisis mendoakan agar MSK kali ini berjalan dengan lancar. Biar nama UPSI gah dan terus memacu ke arah kecemerlangan. InsyaALLAH, segala yang baik pasti mendapat ganjaran dan balasan yang baik dari ALLAH kelak.

Cukuplah sampai disini, nanti penganalisis cerita lagi berkenaan isu-isu politik UPSI. Mahasiswa UPSI, buka-bukalah minda anda. Jangan terlalu jumud dengan ideologi sehingga memutuskan silaturrahim sesama manusia. Nauzubillah... Sekiranya ada pihak yang ingin memberi komen dan informasi atau ingin membetulkan fakta penganalisis, boleh emailkan kepada politikupsi@yahoo.com. Segala komen atau cadangan anda amat dihargai.

sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment