UPSI MENEMPA NAMA LAGI....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Universiti Pendidikan Sultan Idris begitu sinonim dengan dunia pendidikan negara sehinggakan terdengar sahaja perkataan UPSI dilafazkan, tergambar tokoh-tokoh akademik, sasterawan-sasterawan, dan penuh sejarah silam yang membanggakan. Namun itu hanyalah sebuah kisah silam yang diwarisi dari zaman penjajahan British. (ketika itu Sultan Idris Training College). Adakah nama UPSI kini se"gah" nama SITC-MPSI-IPSI?

Hari ini penganalisis terkejut dan berbangga dengan sebuah kenyataan akhbar yang memberi penghargaan kepada UPSI khususnya mahasiswa-mahasiswi UPSI atas jasa dan bakti mereka dalam usaha membawa imej BITARA UPSI ke serata pelusuk di bumi Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.


Sekretariat Mahasiswa Anak-Anak Johor (M@JOR) UPSI telah bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dalam menganjurkan sebuah kem motivasi, kepimpinan dan kecemerlangan SPM 2009 bertempat di SMK Tun Habab Kota Tinggi Johor. Dengan tema, Pelajar Cemerlang, Wawasan Dijulang, Negara Terbilang, program ini dikatakan sangat berkesan dan memberi impak positif kepada lebih kurang 100 orang peserta. Perkara-perkara sebegini yang seharusnya di"hi-light" bagi menjulang nama baik UPSI sebagai sebuah institusi yang melahirkan bakal-bakal guru yang bitara. Sila layari link berikut untuk melihat kenyataan akhbar berikut :
1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

Terdahulu, penganalis dimaklumkan program berbentuk anak negeri ini adalah diharamkan di UPSI kerana ingin mengelakkan berlakunya sikap kenegerian dalam kalangan mahasiswa yang menjurus kepada sifat assabiyah. Namun, program sedemikian boleh mendapat kerjasama daripada MPPUPSI supaya projek sedemikian boleh disertai oleh anak-anak negeri lain. Sebelum ini, program Cikgu Balik Kampung (CBK) anjuran Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) diikuti Program Semai Budi Negeri Melaka anjuran Sahabat Mahasiswa Melaka (SAHAM), Program bersama pemimpin anjuran Anak-Anak Terengganu, Pekan Fest Anjuran Anak-Anak Pahang, Kembara Adat Pepatih anjuran anak-anak Negeri Sembilan. Perak dan Pulau Pinang juga mempunyai program namun penganalisis tidak dapat informasi berkenaan.

Penganalisis ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh mahasiswa UPSI yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan imej dan nama baik UPSI. Bersama-sama kita berbangga menjadi warga SULUH BUDIMAN.

Penganalisis: Ingat! jangan lah kita jumud dengan persatuan atau kelab semata-mata tetapi bercampur gaul lah dengan golongan lain supaya dapat melahirkan Konsep SATU MALAYSIA. Mari kita sama-sama menyahut hasrat murni ini.

0 comments:

Post a Comment