Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Salam bulan penuh barakah, disajikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ramadhan menguji kesabaran menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu dan godaan jiwa. Semoga kita dapat melaluinya dengan jaya disulami selaut rahmat. Kali ini penganalisis ingin kupaskan YDP MPP Kebajikan, Saudara Akmal Madzir. Beliau yang digembar-gemburkan sebagai YDP MPP terpaksa akur dengar keputusan mesyuarat pembentukan kabinet apabila suara majoriti tidak menyebelahi beliau. Penganalisis juga turut berasa simpati. Beliau yang telah berjaya memancing undi sehingga meraih undian tertinggi bagi kerusi umum dalam pemilihan MPP tahun lalu. Namun, atas semangat dan dasar perjuangan menjaga kebajikan mahasiswa UPSI, beliau telah diberi mandat untuk memegang Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (LPS). Satu tanggungjawab yang begitu besar! Atas semangat setiakawan dan bai’ah yang telah dilafazkan, saudara Akmal telah diangkat sebagai YDP MPP Kebajikan oleh proksi kebajikan sehingga seringkali membuat kenyataan dan tindakan melangkaui YDP MPP dan Majlis Tertinggi MPP. Syabas atas keberanian saudara.
Selama hampir 1o bulan memegang tugas sebagai Exco LPS MPP, dan hanya berbaki lebih kurang 2 bulan lagi penganalisis telah menganalisis sumbangan dan jasa beliau dalam memegang tugas sebagai Exco LPS dan “YDP MPP” palsu. Berikut adalah antara sumbangan YDP MPP Kebajikan Kebajikan tersebut:
1. Seminar Rawatan Alternatif [macam tiada kaitan dengan portfolio beliau]
2. Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan [PPI UPSI tidak mampu buat kot...]
3. Majlis berbuka puasa [siapalah jemputan beliau...?]
4. Sumbangan 10 pasang selipar di surau UPSI [macam tak cukup jer..hilang kot..]
5. Forum Perdana Pesta Konvokesyen – TARIK DIRI [alasan...Pesta Konvo, Pesta maksiat...Ker tak mampu?]
Empat sumbangan yang “besar” dan sangat penganalisis kagum(Sangat kagum). Dalam hati penganalisis terdetik, inikah yang disanjung oleh proksi kebajikan sehingga sanggup meletakkan Akmal sebagai Calon YDP MPP. Kuasa Allah... kerana Allah lebih tahu siapa yang lebih layak memegang jawatan tersebut. Bayangkan, dalam masa hampir 10 bulan, beliau hanya mampu menjayakan program-program tersebut. Saya rasa persatuan lain mampu melakukan program yang lebih besar dan signifikan terhadap mahasiswa tanpa perlu memegang jawatan MPP.
Sekadar perbandingan Exco LPS MPP 08/09 dengan Exco LPS 07/08. Berikut adalah antara sumbangan dan program yang telah berjaya dilaksanakan:
1. Tilawah Al-Quran Peringkat IPT Kali Ke-3 dan Jemputan ASEAN [tahun ni takder..tak mampu kot]
2. Kursus dan kem pemantapan Rakan Exco MPP
3. Perhimpunan aman (dengan izin Naib Canselor) Bantahan Filem Fitna Ahli Politik Belanda, Geert Wilders dan penyerahan memorandum bantahan warga UPSI ke Kedutaan Belanda
4. Membasuh dan menukar kain telekung wakaf surau-surau fakulti pada setiap minggu.
5. Menjalankan kutipan derma bagi surau-surau UPSI
6. Memberi sumbangan sebanyak 100 unit telekung sebagai wakaf di surau-surau UPSI
7. Memberi sumbangan selipar di setiap surau-surau UPSI
8. Pemantauan bas kitaran pada setiap hari Isnin
9. Pemantauan harga makanan di kafetaria dalam kampus dan kolej pada setiap hari Selasa dan Khamis
10. Diskusi dan bual bicara ilmiah bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
11. Menyertai Rakan Masjid Selangor
12. Pengajuran Program Pendidikan Bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)
13. Menganjurkan Sambutan Maal Hijrah dengan kerjasama Pusat Islam UPSI
14. Menyelesaikan masalah sahsiah diri pelajar dengan bersemuka dan diskusi
15. Menganjurkan Seminar Komunikasi dan Persediaan Menghadapi Temuduga
16. Seminar Hari Guru dan Diskusi Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia khusus untuk pelajar semester 7
17. Program bersama : Kempen “Saya Guru Bitara”
18. Mengumpul sumbangan dan derma untuk masyarakat Kemboja
19. Mencari dan mengumpul penama Akikah dan telah dilakukan di Perkampungan Islam Krobay, Kemboja.
Senarai diatas adalah antara sumbangan dan penglibatan Exco LPS 07/08 dan ini memberi satu gambaran negatif terhadap kepimpinan saudara Akmal. Penganalisis melihat saudara Akmal lebih cenderung menggunakan platform MPP ini untuk menyelesaikan isu-isu nasional seperti Gerakan Mansuh ISA, akhirnya tanggungjawab menjaga kebajikan mahasiswa seperti yang dilaungkan hanya sekadar angan-angan Mat Jenin. Hanya jaguh di dalam blog bukan bermakna anda mampu melakukan segalanya. Mahasiswa hari ini bijak dan mampu menganalisis setiap tindak tanduk MPP.
Dalam Pemilihan MPP yang lalu, Saudara Akmal dengan mottonya, “Berkhidmat untuk kebajikan mahasiswa” telah membawa manifesto serta berjanji untuk,
"Menjaga kebajikan mahasiswa dari segenap sudut iaitu aspek kewangan, keselamatan, kitaran bas UPSI, denda-denda di fakulti yang tidak relevan dan yang paling penting apa yang disuarakan oleh mahasiswa saya akan berusaha untuk menepatinya"
Namun, sehingga kini, apa yang telah berjaya ditunaikan? Tepuk dahi tanyalah minda. Tepuk dada tanyalah iman. Jadi penganalisis bersyukur kehadrat Illahi kerana Saudara Akmal tidak diangkat sebagai “Amir” atau YDP MPP UPSI sesi 08/09. Cukuplah sekadar fatamorgana dan ilusi proksi kebajikan dengan menganggap Saudara Akmal Sebagai YDP MPP mereka. Sudah ternyata lagi bersuluh, kepimpinan beliau sekadar untuk mengisi kekosongan dan boneka parti politik luar. Mahasiswa yang membaca entri ini, berfikirlah secara waras dan rasional apa sebenarnya yang ingin penganalisis ingin sampaikan dan bukanlah sengaja menyampaikan berita-berita sensasi. Kadang-kala yang benar itu pahit dari yang kita sangka.
Penganalisis:
Saudara Akmal, Jika penganalisis salah, anda boleh menafikan kenyataan penganalisis ini! Emailkan kepada politikupsi@yahoo.com. Yahoo Messenger tak main. Hiduplah dalam dunia nyata bukan berfantasi dunia yang tidak pasti. Mahasiswa bijak bestari analisislah dengan waras dan rasional.