TENTATIF ISTIADAT KONVOKESYEN KE-11 SIDANG KEDUA 2009

Pada awal tahun dahulu, hangat diperkatakan berkenaan tarikh istiadat konvokesyen UPSI ke-11 sidang ke 2. Perkelahian antara pelajar-pelajar kemasukkan Julai 05/06 dan Disember 06/07 menimbulkan pelbagai spekulasi yang mendapat perhatian ramai pihak seperti Bahagian Akademik, MPP 08/09, JHEPA, dan mantan-mantan MPP. Penganalisis juga telah memberi sedikit cadangan dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Namun kata putusnya terletak pada barisan Senat UPSI dibawah perkenan Y.M Tuanku Bainun.

Istiadat akan berlansung bermula dari 11 hingga 15 Ogos 2009 bertempat di Dewan SITC, UPSI.Berikut adalah sesi pengurniaan Ijazah mengikut program masing-masing sempena Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Kedua 2009:

11 OGOS 2009
SELASA
Sesi 1 (Pagi)
Phd & Sarjana
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian

Sesi 2 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian

12 OGOS 2009
RABU

Sesi 3 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian

Sesi 4 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian

13 OGOS 2009
KHAMIS

Sesi 5 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian

Sesi 6 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian


14 OGOS 2009
JUMAAT
Sesi 7 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian

Sesi 8 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian (sambungan sebelah pagi)

15 OGOS 2009
SABTU
Sesi 9 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian


Bagi bakal graduan pendidikan sains, walaupun terdapat 3 pengkhususan yg berbeza iaitu Biologi, Kimia dan Fizik, sesi pergurniaannya tetap di bawah satu program iaitu program Pendidikan Sains. Sesi anda akan dimaklumkan dalam surat yang akan diposkan.

Sumber: Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UPSI

Penganalisis: Maka dengan pewartaan ini, penganalisis berharap agar tiada lagi permusuhan atau bertegang urat berkenaan isu ini. Terimalah seadanya dan hidup di UPSI dalam sejahtera dan saling hormat menghormati seperti mana yang terkandung dalam KONSEP SATU MALAYSIA. Kepada yang masih belajar, teruskan perjuangan dan buktikan anda juga mampu bergraduat seperti senior-senior anda.

UPSI MENEMPA NAMA LAGI....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Universiti Pendidikan Sultan Idris begitu sinonim dengan dunia pendidikan negara sehinggakan terdengar sahaja perkataan UPSI dilafazkan, tergambar tokoh-tokoh akademik, sasterawan-sasterawan, dan penuh sejarah silam yang membanggakan. Namun itu hanyalah sebuah kisah silam yang diwarisi dari zaman penjajahan British. (ketika itu Sultan Idris Training College). Adakah nama UPSI kini se"gah" nama SITC-MPSI-IPSI?

Hari ini penganalisis terkejut dan berbangga dengan sebuah kenyataan akhbar yang memberi penghargaan kepada UPSI khususnya mahasiswa-mahasiswi UPSI atas jasa dan bakti mereka dalam usaha membawa imej BITARA UPSI ke serata pelusuk di bumi Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.


Sekretariat Mahasiswa Anak-Anak Johor (M@JOR) UPSI telah bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dalam menganjurkan sebuah kem motivasi, kepimpinan dan kecemerlangan SPM 2009 bertempat di SMK Tun Habab Kota Tinggi Johor. Dengan tema, Pelajar Cemerlang, Wawasan Dijulang, Negara Terbilang, program ini dikatakan sangat berkesan dan memberi impak positif kepada lebih kurang 100 orang peserta. Perkara-perkara sebegini yang seharusnya di"hi-light" bagi menjulang nama baik UPSI sebagai sebuah institusi yang melahirkan bakal-bakal guru yang bitara. Sila layari link berikut untuk melihat kenyataan akhbar berikut :
1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

Terdahulu, penganalis dimaklumkan program berbentuk anak negeri ini adalah diharamkan di UPSI kerana ingin mengelakkan berlakunya sikap kenegerian dalam kalangan mahasiswa yang menjurus kepada sifat assabiyah. Namun, program sedemikian boleh mendapat kerjasama daripada MPPUPSI supaya projek sedemikian boleh disertai oleh anak-anak negeri lain. Sebelum ini, program Cikgu Balik Kampung (CBK) anjuran Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) diikuti Program Semai Budi Negeri Melaka anjuran Sahabat Mahasiswa Melaka (SAHAM), Program bersama pemimpin anjuran Anak-Anak Terengganu, Pekan Fest Anjuran Anak-Anak Pahang, Kembara Adat Pepatih anjuran anak-anak Negeri Sembilan. Perak dan Pulau Pinang juga mempunyai program namun penganalisis tidak dapat informasi berkenaan.

Penganalisis ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh mahasiswa UPSI yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan imej dan nama baik UPSI. Bersama-sama kita berbangga menjadi warga SULUH BUDIMAN.

Penganalisis: Ingat! jangan lah kita jumud dengan persatuan atau kelab semata-mata tetapi bercampur gaul lah dengan golongan lain supaya dapat melahirkan Konsep SATU MALAYSIA. Mari kita sama-sama menyahut hasrat murni ini.

SMS Kecoh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penganalisis mendapat informasi melalui satu email yang mengatakan suasana perjalanan bengkel minggu suai kenal agak hambar dan suram berikutan terdapat tiga puak dalam organisasi pada kali ini. Minggu suai kenal yang telah diberi mandat kepada MPP untuk mengelolanya nampak tegang kerana terdapat skuad dari "Pro-Kualiti", "Pro-Kebajikan" dan "Neutral". Permasalahannya di sini, adakah disebabkan perbezaan ideologi menyebabkan mereka tidak mampu bersatu padu, bekerjasama dan bersatu hati?

Wujudnya puak-puak ini disebabkan wujudnya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan berlakulah perpecahan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi di UPSI. Bibit-bibit perpecahan orang MELAYU bermula dari kampus lagi dan bayangkan apabila semua mahasiswa ini menjadi anggota masyarakat suatu hari nanti..adakah harapan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan KONSEP SATU MALAYSIA akan tercapai?

Semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan tidak kiralah pro mana-mana pihak. Terdapat sebuah blog yang sering menimbulkan isu Pro Kualiti dan Pro Kebajikan serta menjadi "batu api". Yang lebih memudaratkan apabila penulis blog tersebut hanya menyampaikan berita yang berat sebelah dan ada maklumat yang tidak tepat. Nasihat penganalisis, janganlah kerana anda menyebelahi satu-satu pihak, anda sanggup memecahbelahkan bangsa dan agama kita.

Tindakan penulis blog mendedahkan seorang pegawai JHEPA yang bagi saya telah banyak membantu UPSI dalam segenap bidang adalah tidak berasas. En. Muzamil Mahil atau nama panggilan En. Muz merupakan tulang belakang kepada MPP sesi 05/06 (Diketuai oleh Saudara Ahmad Faizul) dalam menyelesaikan isu "posting" graduan UPSI yang tertangguh. Barisan kepimpinan seterusnya seperti Mohd Izwan dan Mohd Raimi juga banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar beliau. Selain itu, beliau juga telah banyak membantu melicinkan hal-hal berkenaan Minggu Suai Kenal, Pesta Konvokesyen, dan sebagainya. Tuduhan ke atas beliau mencampur tangan dalam gerakan pelajar tidak berasas sama sekali dan tiada bukti yang kukuh mengatakan beliau telah men"doktrin" puak-puak Pro-Aspirasi di UPSI. Penganalisis telah membuat sedikit siasatan sebelum mendedahkan maklumat ini. Kepada yang mengikuti blog ini, terpulanglah kepada hati naluri dan akal fikiran anda untuk menilai.

Harapan penganalis agar tiada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menjadi JAGUH GLAMOR sebagai meraih undi untuk pemilihan akan datang. MSK ini bukan medah untuk berkempen. Sama ada SMU relevan atau tidak menguruskan MSK, itu bukan persoalannya. Siapa sahaja yang diamanahkan, perlu menjalankan ia sebaik mungkin.

SMU atau Sahabat Mahasiswa Universiti tidak lagi diberi mandat untuk menguruskan MSK pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Diploma Pendidikan (DP) namun menurut sebuah blog, SMU telah diberi mandat untuk menguruskan pelajar-pelajar Sarjana dan Ph.D bermula 17 hingga 20 Jun 2009. Selain itu, menurut sumber SMU juga amat aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan di dalam dan diluar kampus. Tuduhan sebuah blog yang menyatakan SMU sebuah kelab yang tiada hala tuju serta menjadi proksi kepada Pro-Aspirasi adalah tidak benar kerana kerana menurut hasil analisis, tiada satu pun yang menghubungkan SMU dengan mana-mana organisasi politik tanahair seperti UMNO dan lain-lain. Apa yang penganalisis lihat, SMU membawa dasar-dasar kerajaan bukannya menerapkan ideologi parti politik.

Namun, Sebuah pihak lagi kerap kali menggunakan parti politik seperti PAS dan KEADILAN untuk menyalurkan maklumat dan menabur fitnah. Penganalisis berpendapat ini adalah aktiviti yang kurang sihat. Sebagai contoh, Mantan YDP yang lepas telah difitnah secara terang-terangan dalam Akhbar HARAKAH (PAS). Penganalis ada salinan artikel tersebut. Penganalisis ingin bertanya kepada mana-mana pihak untuk menjelaskan apakah hubungan PRO KEBAJIKAN dengan PAS. Pegawai-pegawai UPSI juga menerima fitnah menerusi Akhbar tersebut. Setiap apa yang berlaku di UPSI sebelum, semasa dan selepas pemilihan MPP pasti akan tersiar di akhbar tersebut. Kemelut pembentukan kabinet MPP juga menjadi bahan akhbar tersebut. Di mana ketelusan pihak ini? Jadi penganalisis berharap agar anda mampu menilai seadilnya. Sila layari http://mahasiswakini.com/(berani dan bebas) atau http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17812&Itemid=111 . Website ini akan mampu membantu anda berfikir sejenak sama ada penganalisis menyebelahi mana-mana pihak.

Bengkel MSK begitu sinonim dengan hiburan? Tidak tahu pula penganalis berkenaan hal ini. Kepada SMU yang menjadi SMS, janganlah terlalu mementingkan hiburan semata-mata namun tolong tumpukan kepada tugas yang diberikan. Bagi penganalisis berhibur itu tidak salah, tua atau muda, pelajar atau pegawai semuanya memerlukan hiburan. Yang penting hiburan itu tidak melalaikan dan merosakan atau membinasakan..cukuplah. Mungkin ada jiwanya terlalu sensetif terhadap perkataan hiburan jadi tolonglah menghormati golongan sedemikian.

Penganalisis berharap agar semua SMS bersatu hati dan bekerjasama dalam mengharungi MSK kali ini. Berikan layanan yang terbaik kepada ibu bapa dan pelajar baru serta lemparkanlah senyuman. Penganalisis mendoakan agar MSK kali ini berjalan dengan lancar. Biar nama UPSI gah dan terus memacu ke arah kecemerlangan. InsyaALLAH, segala yang baik pasti mendapat ganjaran dan balasan yang baik dari ALLAH kelak.

Cukuplah sampai disini, nanti penganalisis cerita lagi berkenaan isu-isu politik UPSI. Mahasiswa UPSI, buka-bukalah minda anda. Jangan terlalu jumud dengan ideologi sehingga memutuskan silaturrahim sesama manusia. Nauzubillah... Sekiranya ada pihak yang ingin memberi komen dan informasi atau ingin membetulkan fakta penganalisis, boleh emailkan kepada politikupsi@yahoo.com. Segala komen atau cadangan anda amat dihargai.

sekian, terima kasih.

TEST ONE..TWO..THREE..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Lama rasanya penganalis tidak menulis. rindu rasanya... namun dalam perhatian penganalisis, UPSI dalam keadaan aman damai..indah permai..situasi politik nampaknya pada tahap yang stabil. bagus la.. MPP pun semakin berkerja keras untuk menjaga kebajikan mahasiswa. macam ni lah pemimpin yang berkualiti dan berkebajikan. penganalis berasa bangga dengan pencapaian MPP 08/09. Dalam kesunyian Tanjung Malim ini, penganalisis berasa tidak sabar melihat semester bermula...melihat bakal2 pendidik melangkah ke kuliah, menghantar "assignment", berdating sana sini dan sebagainya.. sebelum UPSI membuka tirai semester baru, Minggu Suai Kenal(MSK) pasti akan dilaksanakan bagi mengalu-alu pelajar2 baru serta memberi pelbagai input sebagai persediaan menjalani kehidupan bergelar mahasiswa di kampus. ini lah yang menarik perhatian penganalisis. MINGGU SUAI KENAL - Transformasi atau kontroversi?. Kini, dibawah pengelolaan MPP dengan kerjasama JHEPA, pelbagai perubahan telah dilakukan. Namun, adakah transformasi ini mencetuskan kontroversi?

Penganalisis akan berusaha mendapatkan maklumat dan informasi mengenai MSK pada kali ini dan nantikan paparan khas "MINGGU SUAI KENAL-Transformasi atau kontroversi? " . Tunggu...


Penganalisis: Jika tidak salah penganalisis, MSK kini dikenali sebagai SMS (Sahabat Minggu Suaikenal). SMS