Penganalisis cabar UPSIKINI dan sekutunya, PRO MAHASISWA UPSI!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Mohon maaf atas kelewatan penganalisis mengemaskini entry baru untuk blok ini. Almaklumlah..terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu penganalisis laksanakan sebelum masuk campur hal ehwal politik mahasiswa. Perjalanan Istiadat dan Pesta Konvokesyen berlansung dengan lancar walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang cuba ditimbulkan oleh segelintir mahasiswa yang sensetif dengan isu kosert. Namun bagi penganalisis, isu hiburan yang boleh menyebabkan kepincangan keintelektualan serta meruntuhkan ahklak mahasiswa pendidik rasanya perlu dibincangkan dengan rasional dan bukan atas ikut telunjuk parti politik luar. Cuba bayangkan, jika konsert yang terkawal itu boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan keintelektualan, bagaimana untuk membendung penularan blog, website dan video pornografi dalam kalangan mahasiswa? Menonton konsert luar negara yang lebih tidak bermoral? Semuanya boleh diperolehi dengan mudah hanya dihujung jari. Apa peranan anda? Fikir-fikirkan...

Isu kontroversi Auditorium UPSI yang menjadi gimik Pro Mahasiswa menerusi agennya UPSIKINI semakin hari semakin melatah dan menggelikan hati pembaca. Penganalisis ingin mencabar UPSIKINI dan Pro Mahasiswa untuk membawa isu ini di Parlimen dan bukan hanya omong-omong kosong ceritera kedai kopi. Janganlah hero di blog, bacul..penakut dengan dunia sebenar. Saya cabar!! Selepas isu RM36000 terjawab, isu ini pula menjadi mainan golongan tidak bertanggungjawab. Atas nama pejuang agama sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politik mereka. Nauzubillah~

Isu pelajar DPLI dianaktirikan? sesuatu diskriminasi yang perlu dielakkan. Sebab dasar UPSI yang adil untuk semua mahasiswa tidak mengira kaum, agama, umur dan sebagainya. Namun, pandai UPSIKINI memutarbelitkan isu supaya menunjukkan UPSI tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada mahasiswa. Universiti adalah universiti dan mahasiswa seharusnya tampil untuk mendapatkan informasi, perkhidmatan dan sebagainya. Pelajar ISMP juga perlu melakukan benda yang sama. Nasi tidak akan masuk ke mulut kalau tidak ada tangan yang menyuapkannya. Pelajar DPLI dan ISMP sendiri yang perlu berusaha untuk dilayan dan dijaga hak-haknya. UPSIKINI sekali lagi menjadi medan untuk membatu api mahasiswa di UPSI.

Penganalisis sudah maklumkan kepada mahasiswa bahawa UPSIKINI sudah diblok dan diharamkan oleh pihak universiti. Apa petandanya? Ini menunjukkan bahawa UPSIKINI adalah medium yang penuh dengan unsur-unsur fitnah dan pembohongan. Terkini, penulis dan sekutu UPSIKINI akan dipanggil oleh pihak universiti dan polis untuk disoal siasat berkenaan penyebaran informasi palsu berkenaan H1N1 di UPSI.

Jadi mahasiswa seharusnya katakan tidak kepada UPSIKINI. Bijaklah menilai sebagai seorang mahasiswa pendidik. Salam takziah untuk buat UPSIKINI dari POLITIK UPSI.


Penganalisis:

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan manfaatkanlah bulan penuh barakah ini dengan amal ibadat dan jauhkan dari fitnah dan pembohongan. Semoga segala amal kita diterima oleh ALLAH swt.

9 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada penganalisis politik UPSI. Teruskan usaha murni ini untuk mempastikan UPSIKINI yang merupakan blog FITNAH dan dayus kerana tidak berani tonjol identiti bila berhujah. Ini dunia akademik dan segala pernyataan mesti disokong fakta benar dan ditanda tangani atau dihak milikkan sebarang pernyataan. Saya kira UPSIKINI boleh di setarafkan seperti MALAYSIAKINI yang juga blog FITNAH yang mempunyai agenta politik anti establishment kepada kesinambungan generasi dan keamanan negara yang kita sayangi, Malaysia. Ayuh pelajar-pelajar UPSI jangan jadi jumud dan taksub dan terikut-ikut dengan agenda politik luar kampus. Kita ada agenda yang lebih murni untuk masa depan bangsa. UPSI is doing very well to cater for all the needs of their students and staff alike. If there are any weaknesses, help sort it out through proper channel and ways. Being in academic setting we should show our maturity in our own legal ways and not being hypercritical on issues that can be solved in much better ways.

Penganalisis said...

Salam,
Ini agenda kita dalam mematangkan jiwa anak bangsa lagi-lagi mahasiswa yang bakal menjadi guru. Politik UPSI ruang untuk memberi peluang untuk membentuk jati diri pemimpin yang tiada kaitan parti politik luar. UPSI untuk warga UPSI bukan ahli politik UMNO,PAS, KEADILAN, DAP dan sebagainya. Hidup mahasiswa!!

Anonymous said...

kajin baca balik ape itu secularisme...siapa yang rancang semua ini dan mengapa ia dirangcang...harap banyakkan pembancaan

PENGANALISIS TELUS DAN BENAR said...

SEKULARISME bermula di turki oleh kamal attartuk yang memisahkan pentadbiran negara dengan urusan agama. Dalam kes ini sy tidak nmpak kita mngamalkan sekularisme. majlis dimulakan dengan bacaan doa..lepas solat isya',semua org tidak dilarang untuk menunaikan fardu solat. dan tiada paksaan untuk hadir konsert(sebenarnya persembahan) tersebut. bagi yang hadir, dipisahkan lelaki, perempuan dan keluarga. sama yang dilakukan oleh KERAJAAN PAS KELANTAN dalam KONSERT SUA RASA TV9. Jadi mana bahagian yang sekular encik??

Anonymous said...

Salam takziah untuk POLITIK UPSI.iNNALLAHA MA'A SOBIRIN

Anonymous said...

Gaya penulisan di atas mengingatkan aku pada lelaki lembut. Dlm bahasa lainnya "jambu". Jambu2 kalau bercakap memang panas telinga kalau dengar. Panas telinga tu kalau ada ikhtibar xpe jgk. Ni kosong. Dulu UPSI kononnya sekat pengambilan lelaki2 lembut ni. Tapi nmpaknya masih ada. Xpa la jambu. Hangpa nak terlolong mcm beruk menghina upsikini dan pro-mahasiswa,..biaq pi kt hang. Yg penting perjuangkan isu posting. Lpas praktikum ni klau aku x posting aku redha dgn rezeki. Tp aku nk hang pa tnya kt diri hangpa apa yg hang pa dh buat utk selesaikan isu ni. X payah hangpa tanya kt aku apa sumbangan aku utk isu ni. Aku tau la apa aku dh buat brsama2 pakatan.

Ahmad Ibn al-Man Har said...

Woit, hang belajar sejarah mt mana? Bila masa pulak sekularisme mula kat Turki? Skularisme mula kat eropah nu. Lepas zaman gelap berlalu, muncul zaman renaisance/ pencerahan. Zaman tu brmulanya prkembangan sains teknolgi. Org putih msa tu tolak institusi gereja. Mreka tolak wujudnya tuhan dan mengagungkan sains/akal logik. Sejak tu la wujudnya konsep "agama milik tuhan, dunia milik manusia. Zman turki tu cuma ambik konsep sekularisme yg berlaku dlm agama kristian. Tapi bukan sebagai pemula kpd munculnya sekularisme. Cemana la aku nk prcya org macam hang. Baru baca selingan artikel dlm majalah lucah dh nak tunjuk act mcm la hebat sangt berhujah. malu la woi. . . .

Anonymous said...

entahla... malaysia memang sekular

Anonymous said...

assalamualaikum..
kalau saya tengok memang program kt upsi byk sangat hiburan.. Budaya hedonisme kian menular kat upsi.. prsoalan, bagaimana sahsiah nk dibentuk di kalangan bakal2 pendidik nanti(insyaAllah)kalau macam ni lah yang dididik oleh mreka.. mula2 saya masuk sini pun minggu orientasi sudah disajikan dengan hiburan.. pastu yang kewajipan agama "dilengahkan".. kenapa? kenapa? kenapa? YA ALLAH BANTULAH KAMI...........

Post a Comment