Mari kenal siapa dia?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Kali ini penganalisis ingin mendedahkan kepada warga UPSI berkenaan seorang hamba ALLAH yang telah diangkat menjadi seorang “Amir” bagi mengepalai Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2008/2009. Saudara Mohd Hairie bin Abdullah telah dilahirkan di negeri Melaka dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, kemudian meneruskan pengajian di SMK Tinggi St. David dan kemudiaannya di SMKBukit Baru, Melaka. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan memberansangkan, beliau yang bercita-cita untuk menjadi guru telah ditawar melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Anak kedua daripada 4 orang adik beradik ini merupakan seorang pemimpin di peringkat sekolah sehingga telah dilantik menjadi ketua pengawas sekolah dan juga telah dianugerahkan tokoh pelajar oleh pihak sekolah. Di UPSI pula, beliau mula menceburkan diri dan bergiat aktif seawal pengajian beliau. Beliau telah menyertai kelab Debat, Sahabat Mahasiswa Universiti, Persatuan Bahasa Melayu, Sekretariat Pencegahan Rasuah, Sahabat Anak Melaka(SAHAM) dan pelbagai lagi.





Begitulah sedikit sebanyak bibliografi YDP MPP sesi 2008/2009 sebelum dipilih sebulat suara oleh ahli kabinet MPP. Tugas sebagai seorang YDPMPP yang digalas beliau begitu berat dan memberi seribu rintangan dan dugaan dalam hidup beliau. Namun beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Sepanjang khidmat beliau, pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya adalah menggesa Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan proses pembinaan kampus baru UPSI, Menambah laluan bas dari kolej kediaman ke Bilik Kuliah Taman Bernam, Mendesak JHEPA untuk menyediakan bilk interaksi pelajar/bilik rehat yang baru, Menjadi panel jemputan untuk rancangan Suara Siswa (mewakili YDP-YDP MPP IPTA Se-Malaysia), Mendesak JHEPA untuk membuka tender Kafe di Kolej Za’ba dan Kolej Ungku Omar, Menguruskan Minggu Suai Kenal dengan jayanya, Khidmat Masyarakat Antarabangsa Malaysia-Kemboja, Menganjurkan Kejohanan Olahraga (KEJORA) 2009, Dilantik oleh YDP-YDP MPP IPTA sebagai Panel dalam Bicara Akademik semasa Konvensyen MPP IPTA Se-Malaysia 2009 dan pelbagai lagi telah dilaksanakan dan dicapai oleh saudara Hairie serta rakan seperjuangannya.

Namun, penganalisis berasa terkilan dengan kenyataan sebuah blog (www.upsikini.blogspot.com) yang bertindak menyampaikan dakyah serta fitnah bagi merealisasikan fahaman politik kotor mereka. Nasihat penganalisis, janganlah kita taksub kelak nanti maruah agama yang tercalar.

Menurut Hairi, “Bukan mudah memikul amanah selaku YDPMPP ini kerana saya sedar di dalam MPP terdapat dua puak yang sentiasa mencari kesalahan sesama sendiri. Apa yang menyulitkan, puak Pro Kebajikan ini seperti kera sumbang. Sebab apa saya berani katakan begitu, sebab mereka hanya pandai berkata-kata, mencari kesalahan orang, namun mereka sendiri tidak memberi sumbangan yang dan tidak berani untuk menganjurkan sebarang program berskala besar. Contohnya, Tilawah Al-Quran peringakat IPT yang telah 3 tahun dianjurkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (Pro Kebajikan) tidak mampu dilaksanakan pada tahun ini atas alasan tidak mampu”. Tambah Hairi lagi, “Saya berharap agar mahasiswa sedar bahawa Pro Kebajikan sedang memperdayakan mahasiswa. Apa manifesto yang berjaya dilaksanakan oleh mereka? Potongan Wang Pendahuluan PTPTN secara ansuran? Itulah adalah rentetan resolusi MPPK MPP sesi 2007/2008. Minggu ulangkaji selama 2 minggu? Kenderaan khas OKU? Semua itu adalah janji indah sekadar menanam tebu di bibir”.

Penganalisis: Dasyatkan golongan seperti ini, seperti tidak mempunyai pendidikan agama kerana sanggup memakai topeng berperwatakan muslim dan muslimah bagi mengapai impian fahaman politik mereka. Semoga bertaubat dan selamat beramal!!

0 comments:

Post a Comment