MSK JULAI 2009/2010 Bakal Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Penganalisis melihat sendiri perjalanan MSK kali ini. Dari mula hingga ke akhirnya. Pelbagai ragam, pelbagai cerita, pelbagai kontroversi. Namun, esok adalah hari terakhir MSK bagi kemasukan Julai 2009. Penganalisis mewakili seluruh warga UPSI merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas sukarelawan yang telah bertungkus lumus dan berusaha untuk memastikan MSK kali ini berjalan dengan lancar.

Majlis Perwakilan Pelajar diberi mandat untuk mengepalai tugas berat ini. Sekalung tahniah buat kepimpinan Saudara Hairie, YDP MPP UPSI. Namun, penganalisis masih kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh segelintir MPP tidak kiralah berada dalam proksi KEBAJIKAN mahupun proksi KUALITI. Bukan untuk mendedahkan keburukkan mana-mana pihak tetapi sebagai peringatan dan teladan untuk generasi akan datang. Menurut email yang penganalisis terima, Saudari Aqilah tidak mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai Penolong Pengarah Makanan Zon A (SITC-KHAR-KUO) kerana hampir 80% terpaksa diselesaikan oleh orang bawahannya. Saudara Arif, Saudara Zulhelmi, dan Saudara Akhmal juga merupaka pemimpin yang dihormati. Namun kelibat mereka hanya sekali sekala sahaja menjengukkan muka. Ada juga dalam kalangan MPP ini yang pandai berkata-kata seolah-olah mampu melakukan segala tugas. Namun atas dasar "busy" dan pelbagai alasan lain, mereka sanggup ketepikan MSK. Mungkin atas "status" MPP, anda berkuasa dan mampu melakukan segala-galanya, namun sekiranya tidak tahu, bagi penganalisis, tidak salah bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Kepada semua SMU yang dicaci dan dihina oleh pihak-pihak tertentu, penganalisis melihat tanpa pengalaman dan sokongan anda, mesti MSK kali ini lebih parah. Teruskan memberi khidmat bakti kepada UPSI. Penganalisis berharap pada MSK akan datang, tidak berlakulah perkara-perkara yang penganalisis nyatakan di atas. Pro-Mahasiswa,Pro-Kebajikan,Pro-Kualiti ataupun Pro-Aspirasi masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kini sama-samalah kita mencari titik pertemuan antara kedua-dua pihak ini bagi melahirkan mahasiswa UPSI yang Bitara.


Penganalisis: Lepas ni apa la pulak... Pesta Konvo macam mana? Tilawah Al-Quran IPT? Semester baru bakal bermula..pasti UPSI kembali meriah. Penganalisis tidak sabar menanti hari pertama ke kuliah....

0 comments:

Post a Comment