UPSIKINI: Tindakan TEPAT dan BIJAK!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pertama sekali pihak penganalisis ingin menyampaikan salam takziah kepada semua krew dan warga kerja PRO MAHASISWA atas sekatan blog tersebut di kampus UPSI. Penganalisis berasa ia tidak wajar kerana UPSIKINI juga merupakan satu sumber yang dikenali oleh mahasiswa sebagai medium penyampai maklumat.

Cuma, sudah berapa kali penganalisis ingatkan kepada UPSIKINI supaya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat. Janganlah kerana kuasa dan keseronokan memanipulasi pemikiran orang anda pula terjebak ke kancah fitnah. Siapa yang rosak? Pemikiran mahasiswa UPSI seterusnya memberi kesan buruk kepada bakal anak-anak murid di seluruh negara pada masa akan datang. Maklumat palsu dan tidak berintegriti tersebut juga akan memberi impak negatif kepada universiti seperti imej dan nama baik UPSI jika ia dibaca oleh pihak luar serta mencemar kredibiliti kepimpinan tertinggi.

Penganalisis telah menghubungi pihak ICT dan mereka maklumkan ini adalah arahan dari Naib Canselor dan ia berkuatkuasa serta merta. Selain itu, pegawai berkenaan juga akan maklumkan bahawa semua pengguna wireless Jaring-UPSI,tidak akan dapat mengaksess ke blog UPSIKINI tersebut. Penganalisis ingin mengatakan bahawa ini adalah tindakan yang bijak dan tepat pada masanya. Semoga ia menjadi iktibar kepada semua warga UPSI.

Namun, penganalisis juga telah memberikan kepada pegawai tersebut beberapa blog yang perlu diawasi supaya tidak melanggar norma-norma seorang pendidik dalam menyampaikan maklumat. Justeru, kepada semua penulis blog UPSI, sila pastikan blog anda dipenuhi informasi yang berguna, tepat dan relevan.

Penganalisis:
Blog Pro Aspirasi pon sila sampaikan informasi yang tepat. Penganalisis sedang memperhati dan mengawasi anda semua. Teruskan berblog! dan salam takziah buat UPSIKINI.

0 comments:

Post a Comment