SUARA SISWA LESU DI UPSI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali ini penganalisis ingin berbicara mengenai Suara Siswa yang dulunya dikenali sebagai Bicara Siswa. Namun program yang dihostkan oleh Dr. Fazley tidak mendapat sambutan yang begitu hangat di UPSI yang berlansung pada hari ini. Di manakah mahasiswa yang memperjuangkan isu PPSMI dan di mana golongan mahasiswa intelek ini? Sibuk dengan kuliah? Banyak tugasan atau assignment? atau inilah mentaliti masyarakat kampus UPSI? Jika ya, keadaan ini perlu diatasi dengan segera sebelum bertambah kronik.

Namun, penganalisis lebih tertarik dengan isu yang dikemukakan oleh UPSIKINI berkenaan mengapa Hairie tidak terpilih menjadi salah seorang ahli panel dalam Suara Siswa yang dianjurkan di UPSI?

Dari pagi hingga petang penganalisis cuba menghubungi rakan penganalisis di bilik media RTM yang bertugas sebagai pegawai penyiaran. Penganalisis berusaha untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat sebagai perkongsian maya bersama para pembaca POLITIK UPSI.

Walau dalam keadaan sibuk, teman penganalisis sempat mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan Rancangan Suara Siswa. Menurut beliau, Suara Siswa akan menjelajah semua kampus di Malaysia untuk memperkenalkan IPTA/IPTS di samping memperkenalkan pihak pentadbiran universiti, para ahli akademik dan juga barisan kepimpinan mahasiswa di universiti. Sistem giliran terpaksa dilakukan di mana setiap YDP MPP akan diberi peluang untuk menjadi ahli panel Suara Siswa sebanyak dua kali iaitu satu secara lansung dan satu lagi siaran rakaman. Namun, jika Suara Siswa dilaksanakan di universiti, Naib canselor atau Timbalan Naib Canselor akan diberi keutamaan untuk menjadi panel manakala 2 lagi ahli panel mestilah terdiri daripada ahli MPP dari universiti luar.

Dengan kenyataan dari rakan penganalisis tersebut, barulah penganalisis faham mengapa Hairie tidak dipilih selaku ahli panel Suara Siswa memandangkan Naib Canselor UPSI, Y. Bhg. Prof Dato Dr Aminah binti Ayub telah diberi mandat selaku ahli panel untuk mengupas isu PPSMI. Jadi UPSIKINI kian melatah dengan menyampaikan maklumat tidak berasas dan memalukan. Penganalisis tidak menghalang UPSIKINI terus menyampaikan informasi kepada mahasiswa, namun bagi penganalisis biarlah maklumat itu dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

Sekadar untuk dokumentasi POLITIK UPSI:
Saudara Hairie telah dijemput oleh Suara Siswa sebagai panel di;
1. Siaran lansung : Konvensyen MPP IPTA 2009 di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)
2. Siaran rakaman : Di Universiti Tenaga Malaysia (Uniten)
Anda boleh layari link berikut : http://www.youtube.com/watch?v=kHJWX8gp2oU


Penganalisis:
Memang kebenaran itu pahit, namun pahit itulah sebenarnya penawar jiwa. Berkenaan laporan polis Saudara Raimi, belaiu telah membuat kenyataan mahkamah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan kes ini terpaksa dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana berprofil tinggi (Sek. 109 (1) Kanun Prosedur Jenayah (K.P.J). Kepada saudara Raimi, harap bersabar kerana ALLAH akan membantu orang yang difitnah dan dianiaya. Peace no war~~

0 comments:

Post a Comment