DEDAH : Penyelewengan RM36000 oleh MPP dan En. Muzamil Mahil

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sekian lama penganalisis cuba merungkai misteri penyelewengan kewangan MPP dan banyak pihak telah memberi kenyataan dan bukti-bukti. Jadi paparan esklusif ini diharapkan dapat memberi informasi yang tepat dan benar kepada warga UPSI.

Pertama sekali, penganalisis ingin maklumkan bahawa, isu yang digembar-gemburkan ini adalah tidak ada sebarang kaitan dengan pegawai JHEPA, En Muzamil bin Mahil.

Sejarah bermula apabila wujudnya UPSI pada tahun 1997, secara automatiknya Majlis Perwakilan Pelajar akan wujud di kampus. Namun pada masa itu, sistem UPSI tidak seperti sekarang termasuklah sistem bendahari UPSI. Pada seawal tertubuhnya MPP, akaun Maybank tersebut telah wujud bagi memudahkan segala urusan kewangan dan keluar masuk duit dikawal. Segala wang yang dikreditkan ke dalam akaun tersebut adalah dari sumber hasil jualan “Plak Konvokesyen Graduan UPSI” (kini diambil alih oleh koperasi UPSI) dan sumber-sumber lain. Wang yang diperolehi digunakan untuk pengurusan MPP kerana ketika itu, MPP tiada tabung amanah di bendahari UPSI. Penama untuk akaun tersebut adalah YDP, Setiausaha Agung, dan Bendahari.

[Peringatan: Sebarang akaun kedua bagi agensi KERAJAAN adalah diHARAMkan. Semua kewangan jabatan kerajaan mesti berpusat kepada BENDAHARI PUSAT]

Namun, kes ini mula mendapat perhatian ketika MPP dibawah kepimpinan Saudara Izwan Sharil dan Saudari Monalisa sebagai Bendahari. Apa yang dimaklumkan kepada penganalisis, ketika zaman tersebut, MPP UPSI yang menang tanpa bertanding, berpecah kepada dua puak kerana berlaku kekecewaan untuk merebut kerusi YDPMPP. Pergolakan demi pergolakan berlaku, saudari Monolisa yang terpedaya dengan hasutan kumpulan tersebut telah menyerahkan maklumat sulit tersebut kepada mereka. Isu ini mendapat perhatian termasuklah Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor HEPA, sehingga siasatan penuh dilakukan dan beberapa pihak telah dipanggil untuk kemukakan bukti seperti Saudara Ahmad Faizul (YDP MPP 05/06), Saudari Nur Atikah (Bendahari MPP 05/06 dan TYP MPP 06/07), Saudari Nurazlizan (Setiausaha MPP 06/07) dan Saudara Izwan (YDP MPP 06/07). Segala bukti telah diberikan dan akaun MAYBANK tersebut diarahkan untuk tutup serta merta dan segala wang di dalam akaun tersebut dimasukkan ke dalam akaun tabung amanah MPP di bawah Bendahari UPSI.

Persoalannya RM36000 lenyap? Sebenarnya jumlah RM36000 adalah jumlah keseluruhan dari mula MPP UPSI diwujudkan dan tidak berlaku sebarang penyelewengan kerana segala pengaliran wang telh direkodkan. Menurut sumber, Badan Pencegah Rasuah Perak telah membuat penyiasatan terhadap kes ini di mana TNC HEPA dan En Mohd Faizi juga telah disoal siasat. Kes telah ditutup. Namun, ada pihak yang tidak berpuas hati, sehinggakan BPR Pusat juga telah menghubungi UPSI untuk maklumat lanjut.

Isu ini isu lapuk yang sengaja digunakan oleh pihak Pro Kebajikan menerusi UPSIKINI bagi menghadapi Pilihan Raya Kampus. Penganalisis juga dipahamkan, isu ini telah diberi penjelasan kepada 8 orang Pro Kebajikan semasa seawal taklimat pembentukan kabinet MPP lagi oleh TNC HEPA dan En. Faizi Othman. Adakah mereka masih tidak paham atau sengaja menjadi bodoh dek kerana pangkat. Nah, sekali lagi UPSIKINI menyampaikan informasi yang salah dan berbaur fitnah. Harap ini akan menjadi iktibar kepada semua mahasiswa dalam memilih medium sumber informasi.

Penganalisis:
Penganalisis ingin menCABAR anggota PRO MAHASISWA untuk membuat laporan polis dan BPR berkenaan isu ini. Jika anda benar, silakan… tidak sabar penganalisis nak menghentam PRO ASPIRASI (tu pon lau benarlah tuduhan tersebut)..

3 comments:

Anonymous said...

What? They eat our money ah? It's OK. God will punish them

Anonymous said...

harap2 mpp kebajikan leh bawak kes penyelewengn 36000 ni sekali dgn kes bn di audi..senang..selesaikn masalh ni sekali dijadikan contoh n tauladan kepada univesiti len..harap2 lepas ni dh x de isu lg kt bumi ambia ni

Anonymous said...

kepada pembuat cerita yang mengatakan MPP songlap duit...sesungguhnya kepada penyebar fitnah atau tak tau cerita yang sebenar..tanggung la kamu dosa-dosa org yang kamu fitnah itu..

Post a Comment