Fitnah adalah cara terbaik...

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Kali ini penganalisis ingin membuat pendedahan ekslusif dan semoga ia memberi informasi buat semua pembaca. Setelah membaca blog www.upsikini.blogspot.com, pelbagai tanda tanya timbul dalam diri penganalisis terhadap YDP MPP UPSI sesi 2007/2008 yang mendedahkan berkenaan taktik kotornya dan rakan-rakan ASPIRASI dalam Pilihan Raya Kampus. Betulkah? Mari bersama penganalisis untuk terjah isu ini...

Apabila terbaca entry penganalisis ini, mesti ramai pengikut blog ini tertanya-tanya mengapa fitnah adalah cara terbaik sedangkan seperti ajaran ISLAM fitnah itu seperti memakan daging seorang muslim. Namun, sebenarnya itulah antara kesimpulan yang telah dibuat oleh mantan YDP MPPUPSI sesi 2007/2008 setelah penganalisis menghubungi beliau pagi tadi. Beliau juga amat terkejut dengan apa yang telah dimanipulasi oleh pihak UPSIKINI dan konco-konco Pro-kebajikan (Pro-Mahasiswa).

Dalam kenyataan Mohd Raimi, blog www.upsikini.blogspot.com adalah sama seperti akhbar politik tempatan. Contohnya Harakah. Katanya lagi, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan blog tersebut yang berunsur dakyah dan fitnah itu. Apa yang disampaikan adalah retorik dan berunsur fitnah diselubungi pembohongan semata-semata. "Saya pelik, mengapa golongan yang kononnya memperjuangan AGAMA ISLAM tergamak melakukan perkara-perkara yang sudah terang salah di sisi agama. Apa sebenar matlamat perjuangan mereka?", kata mantan YDP MPPUPSI 2007/2008.

Mengulas kenyataan akhbar tersebut, Saudara Mohd Raimi telah membuat laporan polis bagi menafikan kenyataan palsu tersebut dan merupakan taktik kotor proksi Pro-Mahasiswa atau tagline yang digunakan semasa PRK lepas, Pro-Kebajikan (Sila rujuk entry penganalisis sebelum ini UPSI : Pro Aspirasi (Pro Kualiti) vs Pro Mahasiswa (Pro Kebajikan) ). Beliau juga menggesa agar mahasiswa pandai memilih sumber informasi supaya tidak mudah terpedaya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab seperti penulis blog tersebut yang juga merupakan salah seorang ahli MPP dari proksi Pro-Kebajikan ketika ini.Beliau juga menyatakan rasa simpati terhadap saudara Hairie (YDP MPPUPSI 08/09) kerana mendapat penghinaan sedemikian dan meminta Hairie bersabar dan teruskan usaha memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI.

Saudara Mohd Raimi juga telah emailkan laporan polis sebagai bukti yang beliau menafikan kenyataan akhbar Harakah tersebut. Jadi penganalisis berfikir adakah UPSIKINI adalah agen HARAKAH dan seterusnya membawa ideologi PAS? Jika ya, ini sesuatu yang serius dan meminta semua pihak berwaspada dengan penularan ideologi yang tidak sepatutnya berada di dalam kampus. MPPUPSI, JHEPA dan Pentadbiran UPSI perlu memandang serius hal berkenaan dan perlu dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya golongan seperti ini diambil tindakan tatatertib. Justeru, kepada semua pembaca dan pengikut blog penganalisis ini, tepuk dahi tanyalah minda sebab anda adalah MAHASISWA BITARA yang mampu berfikir secara rasional.

Berikut adalah laporan polis yang telah diemailkan kepada politikupsi@yahoo.com oleh mantan YDP MPPUPSI 2007/2008. Penganalisis merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana bersungguh-sungguh untuk memberikan maklumat kepada penganalisis.





Jadi, penganalisis berasa pihak UPSIKINI sepatutnya tidak menyampaikan berita palsu dan berunsur fitnah kepada mahasiswa kerana ini bukan tindakan golongan intelektual dan bersahsiah. Penganalisis menyokong penuh perjuangan menegakkan syiar ISLAM, namun ISLAM tidak pernah menyuruh memfitnah dan menjatuhkan maruah sesama ISLAM.Justeru, mahasiswa janganlah mudah percaya dan tertipu dengan segala pembohongan UPSIKINI selama ini. Sekian.

Penganalisis: Janganlah kerana parti POLITIK iaitu PAS, anda menggadaikan maruah AGAMA ISLAM demi mencapai matlamat politik anda. Gunakanlah universiti ini sebagai pentas memantapkan kepimpinan dan bukannya menyuburkan tamrin anda sebagai pengikut parti POLITIK tersebut. Amat memalukan!

0 comments:

Post a Comment