Salam takziah buat pelajar UPSI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Penganalisis ingin sampaikan salam takziah buat pelajar UPSI yang telah disahkan positif jangkitan H1N1. Penganalsis berharap agar semua pihak di UPSI dan warga Tanjong Malim mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung dari pandemik ini terus merebak. Penganalisis ingin menyeru kepada semua pihak agar sentiasa berdoa kepada ALLAH agar bala yang melanda seantero dunia ini menemui penawarnya.

Penganalisis ingin mencadangkan agar kepada MPPUPSI agar mengadakan solat hajat bagi mendoakan pelajar-pelajar UPSI yang dijangkiti H1N1 diberikan kekuatan dan cepat sembuh, kampus UPSI mendapat kesejahteraan dan bermohon agar tiada lagi pelajar UPSI ataupun staf upsi yang akan dijangkiti penyakit ini.

Penganalisis:
Kepada mereka yang sihat walafiat, gunakanlah masa kuarantin ini sebagai minggu ulangkaji (revision week), takut-takut nanti revision week sebelum peperiksaan akhir semester dibatalkan pula. Nak jadi 2 minggu study week..angan-angan tahi ayam jer laa...masa berkempen..tak ingat dunia punyer...

UPSIKINI: Tindakan TEPAT dan BIJAK!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pertama sekali pihak penganalisis ingin menyampaikan salam takziah kepada semua krew dan warga kerja PRO MAHASISWA atas sekatan blog tersebut di kampus UPSI. Penganalisis berasa ia tidak wajar kerana UPSIKINI juga merupakan satu sumber yang dikenali oleh mahasiswa sebagai medium penyampai maklumat.

Cuma, sudah berapa kali penganalisis ingatkan kepada UPSIKINI supaya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat. Janganlah kerana kuasa dan keseronokan memanipulasi pemikiran orang anda pula terjebak ke kancah fitnah. Siapa yang rosak? Pemikiran mahasiswa UPSI seterusnya memberi kesan buruk kepada bakal anak-anak murid di seluruh negara pada masa akan datang. Maklumat palsu dan tidak berintegriti tersebut juga akan memberi impak negatif kepada universiti seperti imej dan nama baik UPSI jika ia dibaca oleh pihak luar serta mencemar kredibiliti kepimpinan tertinggi.

Penganalisis telah menghubungi pihak ICT dan mereka maklumkan ini adalah arahan dari Naib Canselor dan ia berkuatkuasa serta merta. Selain itu, pegawai berkenaan juga akan maklumkan bahawa semua pengguna wireless Jaring-UPSI,tidak akan dapat mengaksess ke blog UPSIKINI tersebut. Penganalisis ingin mengatakan bahawa ini adalah tindakan yang bijak dan tepat pada masanya. Semoga ia menjadi iktibar kepada semua warga UPSI.

Namun, penganalisis juga telah memberikan kepada pegawai tersebut beberapa blog yang perlu diawasi supaya tidak melanggar norma-norma seorang pendidik dalam menyampaikan maklumat. Justeru, kepada semua penulis blog UPSI, sila pastikan blog anda dipenuhi informasi yang berguna, tepat dan relevan.

Penganalisis:
Blog Pro Aspirasi pon sila sampaikan informasi yang tepat. Penganalisis sedang memperhati dan mengawasi anda semua. Teruskan berblog! dan salam takziah buat UPSIKINI.

DEDAH : Penyelewengan RM36000 oleh MPP dan En. Muzamil Mahil

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sekian lama penganalisis cuba merungkai misteri penyelewengan kewangan MPP dan banyak pihak telah memberi kenyataan dan bukti-bukti. Jadi paparan esklusif ini diharapkan dapat memberi informasi yang tepat dan benar kepada warga UPSI.

Pertama sekali, penganalisis ingin maklumkan bahawa, isu yang digembar-gemburkan ini adalah tidak ada sebarang kaitan dengan pegawai JHEPA, En Muzamil bin Mahil.

Sejarah bermula apabila wujudnya UPSI pada tahun 1997, secara automatiknya Majlis Perwakilan Pelajar akan wujud di kampus. Namun pada masa itu, sistem UPSI tidak seperti sekarang termasuklah sistem bendahari UPSI. Pada seawal tertubuhnya MPP, akaun Maybank tersebut telah wujud bagi memudahkan segala urusan kewangan dan keluar masuk duit dikawal. Segala wang yang dikreditkan ke dalam akaun tersebut adalah dari sumber hasil jualan “Plak Konvokesyen Graduan UPSI” (kini diambil alih oleh koperasi UPSI) dan sumber-sumber lain. Wang yang diperolehi digunakan untuk pengurusan MPP kerana ketika itu, MPP tiada tabung amanah di bendahari UPSI. Penama untuk akaun tersebut adalah YDP, Setiausaha Agung, dan Bendahari.

[Peringatan: Sebarang akaun kedua bagi agensi KERAJAAN adalah diHARAMkan. Semua kewangan jabatan kerajaan mesti berpusat kepada BENDAHARI PUSAT]

Namun, kes ini mula mendapat perhatian ketika MPP dibawah kepimpinan Saudara Izwan Sharil dan Saudari Monalisa sebagai Bendahari. Apa yang dimaklumkan kepada penganalisis, ketika zaman tersebut, MPP UPSI yang menang tanpa bertanding, berpecah kepada dua puak kerana berlaku kekecewaan untuk merebut kerusi YDPMPP. Pergolakan demi pergolakan berlaku, saudari Monolisa yang terpedaya dengan hasutan kumpulan tersebut telah menyerahkan maklumat sulit tersebut kepada mereka. Isu ini mendapat perhatian termasuklah Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor HEPA, sehingga siasatan penuh dilakukan dan beberapa pihak telah dipanggil untuk kemukakan bukti seperti Saudara Ahmad Faizul (YDP MPP 05/06), Saudari Nur Atikah (Bendahari MPP 05/06 dan TYP MPP 06/07), Saudari Nurazlizan (Setiausaha MPP 06/07) dan Saudara Izwan (YDP MPP 06/07). Segala bukti telah diberikan dan akaun MAYBANK tersebut diarahkan untuk tutup serta merta dan segala wang di dalam akaun tersebut dimasukkan ke dalam akaun tabung amanah MPP di bawah Bendahari UPSI.

Persoalannya RM36000 lenyap? Sebenarnya jumlah RM36000 adalah jumlah keseluruhan dari mula MPP UPSI diwujudkan dan tidak berlaku sebarang penyelewengan kerana segala pengaliran wang telh direkodkan. Menurut sumber, Badan Pencegah Rasuah Perak telah membuat penyiasatan terhadap kes ini di mana TNC HEPA dan En Mohd Faizi juga telah disoal siasat. Kes telah ditutup. Namun, ada pihak yang tidak berpuas hati, sehinggakan BPR Pusat juga telah menghubungi UPSI untuk maklumat lanjut.

Isu ini isu lapuk yang sengaja digunakan oleh pihak Pro Kebajikan menerusi UPSIKINI bagi menghadapi Pilihan Raya Kampus. Penganalisis juga dipahamkan, isu ini telah diberi penjelasan kepada 8 orang Pro Kebajikan semasa seawal taklimat pembentukan kabinet MPP lagi oleh TNC HEPA dan En. Faizi Othman. Adakah mereka masih tidak paham atau sengaja menjadi bodoh dek kerana pangkat. Nah, sekali lagi UPSIKINI menyampaikan informasi yang salah dan berbaur fitnah. Harap ini akan menjadi iktibar kepada semua mahasiswa dalam memilih medium sumber informasi.

Penganalisis:
Penganalisis ingin menCABAR anggota PRO MAHASISWA untuk membuat laporan polis dan BPR berkenaan isu ini. Jika anda benar, silakan… tidak sabar penganalisis nak menghentam PRO ASPIRASI (tu pon lau benarlah tuduhan tersebut)..

Exco Penerbitan dan Informasi MPP batuk di tangga?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Siapa dia Exco Penerbitan dan Informasi MPP? Kenalkah anda kepada mereka?
Adakah anda mengenali Saudara Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi dan Saudari Khairiah binti Jajuli?



Penganalisis menerima email dari seorang pembaca yang mengatakan mereka melihat Saudari Khairiah batuk ditangga. Ish..bukan batuk ditangga tetapi membuat kerja seperti melepaskan batuk ditangga dalam melakukan tugaskan beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut. Pengirim email tersebut menyatakan kebanyakkan kerja-kerja publisiti digalas oleh rakan sejawat beliau Saudara Firdaus. Namun, sekadar perbandingan Exco PDI MPP, Exco PDI MPP kali ini tidak berjaya menonjolkan MPP secara umumnya.

"Janganlah terlalu sombong dengan jawatan dan tolonglah berbudi bahasa. Anda tu MPP janganlah ego sangat. Khairiyah jagalah tingkah laku awak, tapis sikit tutur kata. Tak mesra pelajar". Itulah antara luah rasa dan perasan pelajar tersebut. Justeru, penganalisis berasa ia adalah saat kronik apabila ada kalangan mahasiswa yang begitu benci dan marah terhadap ahli MPP. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

Penganalisis: Semoga menjadi iktibar kepada semua. Ramai lagi akan menjadi mangsa TERJEJAH dan DEDAH penganalisis. Teruskan memberi E-Mail kepada politikupsi@yahoo.com
Isu Penyelewengan RM36000 akan menyusul.

SUARA SISWA LESU DI UPSI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali ini penganalisis ingin berbicara mengenai Suara Siswa yang dulunya dikenali sebagai Bicara Siswa. Namun program yang dihostkan oleh Dr. Fazley tidak mendapat sambutan yang begitu hangat di UPSI yang berlansung pada hari ini. Di manakah mahasiswa yang memperjuangkan isu PPSMI dan di mana golongan mahasiswa intelek ini? Sibuk dengan kuliah? Banyak tugasan atau assignment? atau inilah mentaliti masyarakat kampus UPSI? Jika ya, keadaan ini perlu diatasi dengan segera sebelum bertambah kronik.

Namun, penganalisis lebih tertarik dengan isu yang dikemukakan oleh UPSIKINI berkenaan mengapa Hairie tidak terpilih menjadi salah seorang ahli panel dalam Suara Siswa yang dianjurkan di UPSI?

Dari pagi hingga petang penganalisis cuba menghubungi rakan penganalisis di bilik media RTM yang bertugas sebagai pegawai penyiaran. Penganalisis berusaha untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat sebagai perkongsian maya bersama para pembaca POLITIK UPSI.

Walau dalam keadaan sibuk, teman penganalisis sempat mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan Rancangan Suara Siswa. Menurut beliau, Suara Siswa akan menjelajah semua kampus di Malaysia untuk memperkenalkan IPTA/IPTS di samping memperkenalkan pihak pentadbiran universiti, para ahli akademik dan juga barisan kepimpinan mahasiswa di universiti. Sistem giliran terpaksa dilakukan di mana setiap YDP MPP akan diberi peluang untuk menjadi ahli panel Suara Siswa sebanyak dua kali iaitu satu secara lansung dan satu lagi siaran rakaman. Namun, jika Suara Siswa dilaksanakan di universiti, Naib canselor atau Timbalan Naib Canselor akan diberi keutamaan untuk menjadi panel manakala 2 lagi ahli panel mestilah terdiri daripada ahli MPP dari universiti luar.

Dengan kenyataan dari rakan penganalisis tersebut, barulah penganalisis faham mengapa Hairie tidak dipilih selaku ahli panel Suara Siswa memandangkan Naib Canselor UPSI, Y. Bhg. Prof Dato Dr Aminah binti Ayub telah diberi mandat selaku ahli panel untuk mengupas isu PPSMI. Jadi UPSIKINI kian melatah dengan menyampaikan maklumat tidak berasas dan memalukan. Penganalisis tidak menghalang UPSIKINI terus menyampaikan informasi kepada mahasiswa, namun bagi penganalisis biarlah maklumat itu dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

Sekadar untuk dokumentasi POLITIK UPSI:
Saudara Hairie telah dijemput oleh Suara Siswa sebagai panel di;
1. Siaran lansung : Konvensyen MPP IPTA 2009 di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)
2. Siaran rakaman : Di Universiti Tenaga Malaysia (Uniten)
Anda boleh layari link berikut : http://www.youtube.com/watch?v=kHJWX8gp2oU


Penganalisis:
Memang kebenaran itu pahit, namun pahit itulah sebenarnya penawar jiwa. Berkenaan laporan polis Saudara Raimi, belaiu telah membuat kenyataan mahkamah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan kes ini terpaksa dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana berprofil tinggi (Sek. 109 (1) Kanun Prosedur Jenayah (K.P.J). Kepada saudara Raimi, harap bersabar kerana ALLAH akan membantu orang yang difitnah dan dianiaya. Peace no war~~

Luahan rasa hati seorang pengirim email....

Assalamualaikum WBT dan salah sejahtera.

Penganalisis telah menerima sebuah email daripada Saudara Syahrul (Pelajar Semester 3) yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP 2008/2009 iaitu Saudara Mohd Zulhilmi Mohd Noor dan Saudari Adriyani Yamin (merupakan puak Pro-Mahasiswa). Apa yang dinyatakan dalam e-mail serba ringkas tersebut, exco utama MPP ini tidak pernah memainkan peranan dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan tidak seiring dengan slogan yang dikempenkan oleh puak Pro-Kebajikan untuk menjaga kebajikan mahasiswa.




“Apa yang amat saya terkilan, respon yang saya terima berkenaan kelewatan PTPTN bagi pelajar semester 3 amat mendukacitakan. Dia (Saudara Zulhilmi) tidak sepatutnya menyuruh saya menelefon PTPTN dan berurusan sendiri dengan JHEPA sedangkan tugas dan tanggungjawab dia (Saudara Zulhilmi) menjaga kebajikan dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh mahasiswa” – Kenyataan yang diemailkan kepada penganalisis.


Respon Penganalisis:

Penganalisis berasa tindakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP 2008/2009 tidak mesra pelajar dan tidak mencerminkan kepimpinan saudara. Melihat kepada isu ini, sepatutnya Saudara Zulhilmi perlu terus berurusan dengan pihak PTPTN sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada JHEPA. Ini menunjukkan tindakan progresif serta kesungguhan saudara menjaga kebajikan mahasiswa.

Rentetan daripada isu ini, penganalisis melihat skop bidang kerja dan tugas Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP seperti melepaskan batuk ditangga. Mengapa penganalisis menyatakan sedemikian, disebabkan pelbagai isu kebajikan mahasiswa di kampus diambil sambil lewa oleh kedua-dua exco berkenaan. Contohnya, kekurangan kafetaria di Kolej Kediaman Za’ba dan Kolej Kediaman Ungku Omar, tiada tindakan dan pantauan kekurangan bas kitaran pada minggu pertama kuliah, tiada pemantauan harga makanan yang mahal di kafetaria dalam kampus dan pelbagai lagi.

Penganalisis: Jika inilah hasil 9 bulan berkhidamat menjaga kebajikan MAHASISWA, lebih baik UPSI ini tiada MPP. Sebab, semua kerja diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Jadi mana peranan anda sebagai seorang pemimpin? Inikah yang dinamakan perjuangan REVOLUSI menjaga kebajikan MAHASISWA?

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGIRIM EMAIL

Assalamualaikum WBT dan salah sejahtera.

Nampaknya penganalisis mendapat banyak email daripada pengunjung setia dan peminat blog POLITIK UPSI. Penganalisis berasa terharu kerana ramai antara pengirim email tersebut mengucapkan terima kasih atas pendedahan eksklusif penganalisis dan kini kebanyakkan mereka tidak akan terpengaruh dengan tohmahan dan maklumat yang disampaikan oleh blog UPSIKINI. Rata-rata mengharapkan POLITIK UPSI bukan sahaja memberi informasi mengenai politik kampus tetapi menyalurkan segala maklumat terkini berkenaan hal ehwal pelajar dan hal ehwal akademik sebagai medium rujukan mereka.InsyaALLAH, penganalisis akan pertimbangkan permintaan tersebut.

Penganalisis meminta kepada semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan, bolehlah terus email kepada penganalisis di alamat : politikupsi@yahoo.com

Penganlisis : Jika anda ingin menyampaikan maklumat, sila nyatakan sekali sumber anda memperolehi maklumat tersebut agar mudah untuk penganalisis menghubungi pihak berkenaan bagi mengetahui maklumat tersebut dengan lebih lanjut. Terima kasih kepada semua pengirim e-mail… Teruskan sokongan anda!!

Fitnah adalah cara terbaik...

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Kali ini penganalisis ingin membuat pendedahan ekslusif dan semoga ia memberi informasi buat semua pembaca. Setelah membaca blog www.upsikini.blogspot.com, pelbagai tanda tanya timbul dalam diri penganalisis terhadap YDP MPP UPSI sesi 2007/2008 yang mendedahkan berkenaan taktik kotornya dan rakan-rakan ASPIRASI dalam Pilihan Raya Kampus. Betulkah? Mari bersama penganalisis untuk terjah isu ini...

Apabila terbaca entry penganalisis ini, mesti ramai pengikut blog ini tertanya-tanya mengapa fitnah adalah cara terbaik sedangkan seperti ajaran ISLAM fitnah itu seperti memakan daging seorang muslim. Namun, sebenarnya itulah antara kesimpulan yang telah dibuat oleh mantan YDP MPPUPSI sesi 2007/2008 setelah penganalisis menghubungi beliau pagi tadi. Beliau juga amat terkejut dengan apa yang telah dimanipulasi oleh pihak UPSIKINI dan konco-konco Pro-kebajikan (Pro-Mahasiswa).

Dalam kenyataan Mohd Raimi, blog www.upsikini.blogspot.com adalah sama seperti akhbar politik tempatan. Contohnya Harakah. Katanya lagi, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan blog tersebut yang berunsur dakyah dan fitnah itu. Apa yang disampaikan adalah retorik dan berunsur fitnah diselubungi pembohongan semata-semata. "Saya pelik, mengapa golongan yang kononnya memperjuangan AGAMA ISLAM tergamak melakukan perkara-perkara yang sudah terang salah di sisi agama. Apa sebenar matlamat perjuangan mereka?", kata mantan YDP MPPUPSI 2007/2008.

Mengulas kenyataan akhbar tersebut, Saudara Mohd Raimi telah membuat laporan polis bagi menafikan kenyataan palsu tersebut dan merupakan taktik kotor proksi Pro-Mahasiswa atau tagline yang digunakan semasa PRK lepas, Pro-Kebajikan (Sila rujuk entry penganalisis sebelum ini UPSI : Pro Aspirasi (Pro Kualiti) vs Pro Mahasiswa (Pro Kebajikan) ). Beliau juga menggesa agar mahasiswa pandai memilih sumber informasi supaya tidak mudah terpedaya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab seperti penulis blog tersebut yang juga merupakan salah seorang ahli MPP dari proksi Pro-Kebajikan ketika ini.Beliau juga menyatakan rasa simpati terhadap saudara Hairie (YDP MPPUPSI 08/09) kerana mendapat penghinaan sedemikian dan meminta Hairie bersabar dan teruskan usaha memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI.

Saudara Mohd Raimi juga telah emailkan laporan polis sebagai bukti yang beliau menafikan kenyataan akhbar Harakah tersebut. Jadi penganalisis berfikir adakah UPSIKINI adalah agen HARAKAH dan seterusnya membawa ideologi PAS? Jika ya, ini sesuatu yang serius dan meminta semua pihak berwaspada dengan penularan ideologi yang tidak sepatutnya berada di dalam kampus. MPPUPSI, JHEPA dan Pentadbiran UPSI perlu memandang serius hal berkenaan dan perlu dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya golongan seperti ini diambil tindakan tatatertib. Justeru, kepada semua pembaca dan pengikut blog penganalisis ini, tepuk dahi tanyalah minda sebab anda adalah MAHASISWA BITARA yang mampu berfikir secara rasional.

Berikut adalah laporan polis yang telah diemailkan kepada politikupsi@yahoo.com oleh mantan YDP MPPUPSI 2007/2008. Penganalisis merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana bersungguh-sungguh untuk memberikan maklumat kepada penganalisis.





Jadi, penganalisis berasa pihak UPSIKINI sepatutnya tidak menyampaikan berita palsu dan berunsur fitnah kepada mahasiswa kerana ini bukan tindakan golongan intelektual dan bersahsiah. Penganalisis menyokong penuh perjuangan menegakkan syiar ISLAM, namun ISLAM tidak pernah menyuruh memfitnah dan menjatuhkan maruah sesama ISLAM.Justeru, mahasiswa janganlah mudah percaya dan tertipu dengan segala pembohongan UPSIKINI selama ini. Sekian.

Penganalisis: Janganlah kerana parti POLITIK iaitu PAS, anda menggadaikan maruah AGAMA ISLAM demi mencapai matlamat politik anda. Gunakanlah universiti ini sebagai pentas memantapkan kepimpinan dan bukannya menyuburkan tamrin anda sebagai pengikut parti POLITIK tersebut. Amat memalukan!

Mari kenal siapa dia?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Kali ini penganalisis ingin mendedahkan kepada warga UPSI berkenaan seorang hamba ALLAH yang telah diangkat menjadi seorang “Amir” bagi mengepalai Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2008/2009. Saudara Mohd Hairie bin Abdullah telah dilahirkan di negeri Melaka dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, kemudian meneruskan pengajian di SMK Tinggi St. David dan kemudiaannya di SMKBukit Baru, Melaka. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan memberansangkan, beliau yang bercita-cita untuk menjadi guru telah ditawar melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Anak kedua daripada 4 orang adik beradik ini merupakan seorang pemimpin di peringkat sekolah sehingga telah dilantik menjadi ketua pengawas sekolah dan juga telah dianugerahkan tokoh pelajar oleh pihak sekolah. Di UPSI pula, beliau mula menceburkan diri dan bergiat aktif seawal pengajian beliau. Beliau telah menyertai kelab Debat, Sahabat Mahasiswa Universiti, Persatuan Bahasa Melayu, Sekretariat Pencegahan Rasuah, Sahabat Anak Melaka(SAHAM) dan pelbagai lagi.





Begitulah sedikit sebanyak bibliografi YDP MPP sesi 2008/2009 sebelum dipilih sebulat suara oleh ahli kabinet MPP. Tugas sebagai seorang YDPMPP yang digalas beliau begitu berat dan memberi seribu rintangan dan dugaan dalam hidup beliau. Namun beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Sepanjang khidmat beliau, pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya adalah menggesa Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan proses pembinaan kampus baru UPSI, Menambah laluan bas dari kolej kediaman ke Bilik Kuliah Taman Bernam, Mendesak JHEPA untuk menyediakan bilk interaksi pelajar/bilik rehat yang baru, Menjadi panel jemputan untuk rancangan Suara Siswa (mewakili YDP-YDP MPP IPTA Se-Malaysia), Mendesak JHEPA untuk membuka tender Kafe di Kolej Za’ba dan Kolej Ungku Omar, Menguruskan Minggu Suai Kenal dengan jayanya, Khidmat Masyarakat Antarabangsa Malaysia-Kemboja, Menganjurkan Kejohanan Olahraga (KEJORA) 2009, Dilantik oleh YDP-YDP MPP IPTA sebagai Panel dalam Bicara Akademik semasa Konvensyen MPP IPTA Se-Malaysia 2009 dan pelbagai lagi telah dilaksanakan dan dicapai oleh saudara Hairie serta rakan seperjuangannya.

Namun, penganalisis berasa terkilan dengan kenyataan sebuah blog (www.upsikini.blogspot.com) yang bertindak menyampaikan dakyah serta fitnah bagi merealisasikan fahaman politik kotor mereka. Nasihat penganalisis, janganlah kita taksub kelak nanti maruah agama yang tercalar.

Menurut Hairi, “Bukan mudah memikul amanah selaku YDPMPP ini kerana saya sedar di dalam MPP terdapat dua puak yang sentiasa mencari kesalahan sesama sendiri. Apa yang menyulitkan, puak Pro Kebajikan ini seperti kera sumbang. Sebab apa saya berani katakan begitu, sebab mereka hanya pandai berkata-kata, mencari kesalahan orang, namun mereka sendiri tidak memberi sumbangan yang dan tidak berani untuk menganjurkan sebarang program berskala besar. Contohnya, Tilawah Al-Quran peringakat IPT yang telah 3 tahun dianjurkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (Pro Kebajikan) tidak mampu dilaksanakan pada tahun ini atas alasan tidak mampu”. Tambah Hairi lagi, “Saya berharap agar mahasiswa sedar bahawa Pro Kebajikan sedang memperdayakan mahasiswa. Apa manifesto yang berjaya dilaksanakan oleh mereka? Potongan Wang Pendahuluan PTPTN secara ansuran? Itulah adalah rentetan resolusi MPPK MPP sesi 2007/2008. Minggu ulangkaji selama 2 minggu? Kenderaan khas OKU? Semua itu adalah janji indah sekadar menanam tebu di bibir”.

Penganalisis: Dasyatkan golongan seperti ini, seperti tidak mempunyai pendidikan agama kerana sanggup memakai topeng berperwatakan muslim dan muslimah bagi mengapai impian fahaman politik mereka. Semoga bertaubat dan selamat beramal!!

Menarik!

Sila layari blog ini untuk melihat sendiri persepsi orang luar berkenaan politik UPSI.
http://maharajazhou.blogdrive.com/archive/114.html

UPSI : Pro Aspirasi (Pro Kualiti) vs Pro Mahasiswa (Pro Kebajikan)

Oktober ini mahasiswa universiti sekali lagi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk memilih pemimpin mereka di kampus. Bahang pilihan raya kampus sudah semakin terasa kini apabila beberapa blog sudah memalukan kompang PRK menyebabkan bahang PRK semakin terasa.

Tahun lalu mahasiswa Aspirasi telah berjaya menguasai IPTA kecuali beberapa kerusi di universiti seperti UM (20 kerusi), UIAM (17 kerusi), UPM (13 kerusi), UKM (12 kerusi), UPSI (8 kerusi), UTM (10 kerusi) dan USM (6 kerusi) telah membentuk hampir 90 buah kerusi seluruh Malaysia. Ini membuktikan bahawa Mahasiswa Aspirasi lebih relevan kerana masih menjadi majoriti dengan di kebanyakan IPTA dengan jumlah lebih daripada 400 kerusi termasuklah di UPSI apabila Pro Kualiti mendominasi dan menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa di Kampus. Aspirasi telah menewaskan mahasiswa kumpulan pro pembangkang yang pernah mendominasi kampus seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)/ Persatuan Pendidikan Islam (PPI di UPSI), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) yang bertindak sebagai agen PAS, Keadilan dan DAP di dalam kampus.

Selepas pilihan raya kampus 4 September tahun 2003 satu perubahan besar berlaku dalam sejarah politik pilihan raya kampus di Malaysia apabila akhbar media pembangkang sebelum itu seperti Harakah (PAS) sewenang-wenangnya menggunakan istilah pro pembangkang di muka depan akhbar mereka dengan memuji-muji kemenangan pro pembangkang terpaksa mengubah taktik dengan menukarkan nama mahasiswa pro pembangkang dengan istilah ‘Mahasiswa Idealis’(Harakah 5 September) untuk menutup malu di atas kekalahan pro pembangkang di 15 IPTA. Penguasaan mahasiswa Aspirasi ini berterusan sehingga sekarang. Di UPSI, Pro mahasiswa dilabel sebagai Pro Kebajikan.

Bagaimanapun terdapat mahasiswa yang masih keliru dengan istilah Mahasiswa Aspirasi dan Mahasiswa Pro pembangkang atau Pro Kebajikan. Pada penganalisis, perkara ini perlu dijelaskan agar mahasiswa di universiti tidak tertipu dan terpesong oleh mahasiswa pro pembangkang atau Pro Kebajikan yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Bagaimana kita mahu mengenali perbezaan diantara kedua-dua kumpulan ini?

Nyah! sampahkan gerakan mahasiswa era 70an yang tentunya berbeza dengan hari ini. Tahun 2003 (Tsunami PRK) sehingga sekarang merupakan era penguasaan mahasiswa Aspirasi di kampus. Budaya pilihan raya kampus dengan politik yang lebih rasional telah menunjukkan betapa mahasiswa Aspirasi yang menyokong dasar universiti dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka di kampus. Mahasiswa pro pembangkang atau Pro Kebajikan pula membawa budaya politik emosional. Segala dasar universiti ditentang secara membuta tuli tanpa kajian, pemerhatian dan perbincangan.

Mahasiswa aspirasi amat jelas lebih suka berbincang dengan pihak universiti dan kerajaan jika terdapat isu yang berlaku yang perlu ditangani segera. Mahasiswa Aspirasi menjadikan program kebajikan menjadi fokus utama tetapi mahasiswa pro pembangkang lebih berminat dengan isu-isu politik disekeliling mereka khususnya yang melibatkan parti pembangkang. Mahasiswa pro pembangkang seringkali menubuhkan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan universiti atau pendaftar pertubuhan seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), Universiti Bangsar Utama dan Persatuan Demokrasi Pemuda Malaysia (DEMA).
PERHATIAN!
KESEMUA PERTUBUHAN DI ATAS ADALAH PERTUBUHAN HARAM. JUSTERU MANA-MANA MAHASISWA YANG TERLIBAT DIMINTA SUPAYA TIDAK MENYERTAI SEBARANG AKTIVITI ANJURAN PERTUBUHAN BERIKUT KERANA MENGELAKKAN DARIPADA DIAMBIL TINDAKAN DIBAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG AUKU 1971.


Bagi mahasiswa Aspirasi demontrasi bukanlah cara terbaik. Rundingan dan perbincangan tidak bermakna mencerminkan mahasiswa aspirasi takut. Ini mencerminkan kematangan mahasiswa Aspirasi sebelum bertindak serta melambangkan skop kerja yang lebih professional bukannya emosional.

Persoalannya mampukah demonstrasi mahasiswa menyelesaikan masalah? Demontrasi mahasiswa pro pembangkang seperti Demontrasi Mendesak PM Letak Jawatan pada november 1998 oleh GAMIS di lebuh raya persekutuan UM, Perhimpunan Haram Pelancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA tahun 2001 di Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam anjuran GAMIS, PMIUM, dan MPMUM dan Demontrasi Mansuhkan ISA Masjid Negara 2001 anjuran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), PKPIM, GAMIS, PAS, DEMA dan UBU dipengaruhi oleh sentimen emosional telah merosakkan pemikiran mahasiswa. Mahasiswa pro pembangkang atau Pro Kebajikan telah dperalatkan pembangkang dalam demontrasi ini. Inikah mahasiswa yang perlu dicontohi? Semua program mahasiswa pro pembangkang ini mencemarkan imej universiti di mata umum dan mengancam keselamatan Negara.

Perbezaan paling jelas antara Mahasiswa Aspirasi dan pro pembangkang atau Pro Kebajikan ialah dari segi program latihan kepimpinan. Mahasiswa Aspirasi menjadikan penglibatan dalam politik kampus sebagai medan latihan melatih kepimpinan. Gerakan mahasiswa pro pembangkang menjadi pusat perkaderan PAS di kampus seperti yang berlaku kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di IPTA.


PMIUM (PMI di UPSI) terbukti melahirkan pemimpin muda PAS melalui bimbingan latihan PAS seperti Mohd Hafeez Ab. Samad, Presiden PMUM 1999/2000 (bekas exco PMIUM) kini sebagai Pegawai Eksekutif Pejabat Agung PAS, Taman Malewar, Mohd Nazri Chik Timbalan Presiden PMIUM 1999/2000, dipilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 2005/07, Mohd Izwan Hj Mohd Yusof, Presiden PMIUM sesi 2001/2 menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden PMIUM sesi 1999/2000 yang menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Misbahul Munir Masduki , Presiden PMIUM sesi 1986/87 yang kini Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Khoirol Anwar Mat Zuki @ Mat Sabu Presiden PMIUM sesi 2003/04 yang kini Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Ramadhan Fitri Ellias Presiden PMIUM sesi 2004/05 yang menjadi Presiden Gambungan Mahasiswa Semenanjung Malaysia (GAMIS) dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Pertubuhan haram yang menjadi pendokong PAS.


Di UPM, PMIUPM sudah melahirkan pemimpin PAS seperti Mohd Nazri Din, Naib Presiden PMIUPM yang bertanding sebagai calon PAS di DUN Kubu Gajah, Perak pada pilihan raya 2004. Semua ini jelas membuktikan betapa mahasiswa pro pembangkang adalah tempat perkaderan kepada parti politik khususnya parti PAS.


Penganalisis tidak ingin membuat sebarang kesimpulan, kerana anda sebagai seorang mahasiswa BITARA mesti mampu berfikir secara waras dan membuat pertimbangan bijak serta melakukan permilihan yang terbaik untuk diri, universiti dan Negara. Sebarang anasir yang merosakkan pemikiran mahasiswa seperti PMI (PPI di UPSI) yang direkrut untuk melatih pemimpin parti seharusnya ditolak secara muktamad. Janganlah kita mengkhianati universiti dan negara yang berjasa kepada kita.


Penganalisis: Hah! Terkejut tak dengan pendedahan penganalisis lagi. Kepada Saudara Akhmal Mahatzir yang ingin terjebak ke kancah GAMIS tu (sumber : www.upsikini.blogspot.com), bawa-bawalah beristighfar. Ke da tak sabar menjadi anggota GAMIS supaya boleh menjadi pemimpin muda PAS. Hehehe…

PPSMI oh PPSMI.......

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.

Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

REJAB MENJELMA LAGI...

Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan:

  1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
  2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
  3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
  4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
  5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.


Fadilat Rejab:

  1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
  2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
  3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
  4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
  5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
  6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
  7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
  8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
  9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
  10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
  11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
  12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
  13. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
  14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
  15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
  16. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
  17. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

MSK JULAI 2009/2010 Bakal Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Penganalisis melihat sendiri perjalanan MSK kali ini. Dari mula hingga ke akhirnya. Pelbagai ragam, pelbagai cerita, pelbagai kontroversi. Namun, esok adalah hari terakhir MSK bagi kemasukan Julai 2009. Penganalisis mewakili seluruh warga UPSI merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas sukarelawan yang telah bertungkus lumus dan berusaha untuk memastikan MSK kali ini berjalan dengan lancar.

Majlis Perwakilan Pelajar diberi mandat untuk mengepalai tugas berat ini. Sekalung tahniah buat kepimpinan Saudara Hairie, YDP MPP UPSI. Namun, penganalisis masih kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh segelintir MPP tidak kiralah berada dalam proksi KEBAJIKAN mahupun proksi KUALITI. Bukan untuk mendedahkan keburukkan mana-mana pihak tetapi sebagai peringatan dan teladan untuk generasi akan datang. Menurut email yang penganalisis terima, Saudari Aqilah tidak mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai Penolong Pengarah Makanan Zon A (SITC-KHAR-KUO) kerana hampir 80% terpaksa diselesaikan oleh orang bawahannya. Saudara Arif, Saudara Zulhelmi, dan Saudara Akhmal juga merupaka pemimpin yang dihormati. Namun kelibat mereka hanya sekali sekala sahaja menjengukkan muka. Ada juga dalam kalangan MPP ini yang pandai berkata-kata seolah-olah mampu melakukan segala tugas. Namun atas dasar "busy" dan pelbagai alasan lain, mereka sanggup ketepikan MSK. Mungkin atas "status" MPP, anda berkuasa dan mampu melakukan segala-galanya, namun sekiranya tidak tahu, bagi penganalisis, tidak salah bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Kepada semua SMU yang dicaci dan dihina oleh pihak-pihak tertentu, penganalisis melihat tanpa pengalaman dan sokongan anda, mesti MSK kali ini lebih parah. Teruskan memberi khidmat bakti kepada UPSI. Penganalisis berharap pada MSK akan datang, tidak berlakulah perkara-perkara yang penganalisis nyatakan di atas. Pro-Mahasiswa,Pro-Kebajikan,Pro-Kualiti ataupun Pro-Aspirasi masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kini sama-samalah kita mencari titik pertemuan antara kedua-dua pihak ini bagi melahirkan mahasiswa UPSI yang Bitara.


Penganalisis: Lepas ni apa la pulak... Pesta Konvo macam mana? Tilawah Al-Quran IPT? Semester baru bakal bermula..pasti UPSI kembali meriah. Penganalisis tidak sabar menanti hari pertama ke kuliah....

Lagi Pasal Istiadat Konvokesyen Ke-11 UPSI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kepada semua bakal graduan UPSI (Ph.D, Sarjana ataupun Ijazah), sila layari website rasmi istiadat konvoksyen. Terdapat pelbagai maklumat penting yang perlu diketahui oleh semua bakal graduan. Berikut adalah link ke website tersebut:

http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen/istiadat.html

Sila sampaikan maklumat ini kepada semua rakan-rakan yang bakal bergraduat.

Penganalisis: Tidak sabar nak tunggu Istiadat Konvokesyen kali ini. Bukan apa.. sekiranya UPSI menggunakan design banner dan banting rasmi istiadat seperti sidang pertama dulu, penganalisis beranggapan itu adalah design "terbaik" dan "tercantik" dalam sejarah Istiadat Konvokesyen UPSI. Harap pembaca memahami apa yang penganalisis ingin sampaikan...

Apa sudah jadi MSK Julai 2009/2010?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seperti post penganalisis sebelum ini berkenaan isu SMS Kecoh!, kini lain pula halnya. Rentetan daripada perselisihan daripada beberapa puak di dalam SMS, Minggu suai kenal pada kali ini nampaknya telah membuat perubahan besar. Tidak seperti MSK yang lepas, MSK kali ini hanya berlangsung 4 hari sahaja. Namun itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan penganalisis kerana UPSI terpaksa menerima 2 kali kemasukan pelajar iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang dijadualkan tamat MSK pada 2 Julai 2009 manakala Pelajar Diploma Pendidikan akan mula berdaftar esok.

Apa yang sudah jadi MSK Julai 2009/2010? Apa yang cuba penganalisis sampaikan adalah beberapa slot utama terpaksa digugurkan pada MSK kali ini seperti Slot Bersama Pemimpin, Slot Membina Jati Diri Mahasiswa bersama Biro Tatanegara (BTN) dan malam kemuncak MSK iaitu, Malam Bintang yang memberi ruang kepada mahasiswa mengetengah bakat-bakat mereka.

Slot Bersama Pemimpin:
Memberi sumber inspirasi, motivasi, nasihat serta panduan kepada mahasiswa baru bagi menjalani kehidupan di kampus. Disamping menyampaikan hasrat kerajaan dalam melahirkan guru-guru yang bitara, mahasiswa juga akan diberitahu peranan mereka dalam masyarakat pada masa hadapan. Dengan adanya pemimpin yang sanggup "turun padang", ia akan mencetuskan sumber inspirasi kepada semua mahasiswa untuk lebih berjaya.

Slot Membina Jati Diri Mahasiswa bersama Biro Tatanegara (BTN)
Terdengar sahaja ungkapan BTN, segelintir mahasiswa membayangkan ia agen parti politik. Terlalu jumud pemikiran mereka ini. Namun sedarkah kita bahawa peranan BTN adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khasnya berkenaan negara Malaysia yang kita cintai. Mesej yang ingin disampaikan adalah seperti isu-isu semasa dalam dan luar negara, isu perpaduan kaum, patriotisme, wawasan negara, peranan serta tanggungjawab rakyat dan sebagainya. Segala input ini digabungjalinkan bagi memperkasa jiwa mahasiswa dan akhirnya melahirkan masyarakat madani yang berjati diri.

Slot Malam Bintang
Kenangan Minggu Suai Kenal amat bermakna kerana itu adalah saat pertama melangkahkan kaki ke menara gading sebagai mahasiswa. MSK membosankan? Mungkin itu adalah antara topik perbualan mahasiswa-mahasiswi baru setelah "disumbatkan" dengan pelbagai taklimat dan ceramah. Ya, memang unsur akademik dititik beratkan, namun unsur-unsur bukan akademik seperti sukan, aktiviti kebudayaan dn kerohanian juga perlu diterapkan bagi melahirkan insan yang holistik dalam segala aspek. Malam Bintang adalah malam kemuncak bagi mahasiswa menonjolkan bakat mereka disamping UPSI berpeluang mencari pelapis-pelapis baru dalam bidang kesenian. Hiburan berlebihan. Mungkin itu adalah alasannya. Namun bagi penganalisis, hiburan itu tidak salah selagi ia tidak melalaikan dan melekakan. Persembahan juga boleh juga berbentuk kerohanian seperti nasyid dan berzanji. Jadi itulah peranan SMS untuk memastikan hiburan yang dipersembahkan pada Malam Bintang terkawal dan diselia sebaik mungkin serta memberi impak positif kepada mahasiswa. Pergaulan lelaki perempuan dititikberatkan dan segala unsur-unsur persembahan ditapis.


Penganalisis: Kepada semua SMS yang telah berkhidmat, jasa anda amat dihargai. Segala kekurangan MSK kali ini dijadikan pedoman dan iktibar pada masa-masa akan datang. Semoga UPSI terus cemerlang!

STATISTIK BILANGAN GRADUAN ADALAH SULIT

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Penganalisis macam tidak percaya tindakan mahasiswa UPSI begitu radikal sehinggakan sanggup menolak dasar universiti ketepi. Apa yang penganalisis katakan adalah berkenaan statistik graduan yang berdaftar adalah sulit dan tidak dibenarkan didedah sewenang-wenangnya. Ini merujuk kepada tulisan blog UPSIKINI (www.upsikini.blogspot.com) yang mempamerkan jumlah pengambilan pelajar mengikut komposisi jantina dan komposisi kaum.

Menurut sumber daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, tidak sesiapa yang dibenarkan mengetahui figure sebenarnya atau komposisi pelajar di UPSI melainkan mendapat kebenaran daripada Naib Canselor. Tindakan ini diambil supaya mengelakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan figure tersebut untuk tujuan peribadi dan parti politik. Sekiranya ia berlaku, bagaimana KONSEP SATU MALAYSIA ingin tercapai. Sama-sama kita renungkan...

Penganalisis mencadangkan agar fakta berangka itu dikeluarkan dan penganalisis berasa penulis UPSIKINI boleh menggunakan pembandingan relatif bagi menyatakan keprihatinan anda berkenaan isu yang diutarakan. Penganalisis juga berharap agar isu kekurangan guru lelaki diselesaikan secepat mungkin supaya mampu menyeimbangi peratusan guru perempuan di Malaysia.


Penganalisis: Lebih parah sekiranya guru lelaki yang terpilih itu tidak berapa lelaki. Kepada mahasiswa lelaki, tingkatan jati diri dan tanamkan azam di hati untuk menjadi guru lelaki yang mampu berbakti bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.