Luahan rasa hati seorang pengirim email....

Assalamualaikum WBT dan salah sejahtera.

Penganalisis telah menerima sebuah email daripada Saudara Syahrul (Pelajar Semester 3) yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP 2008/2009 iaitu Saudara Mohd Zulhilmi Mohd Noor dan Saudari Adriyani Yamin (merupakan puak Pro-Mahasiswa). Apa yang dinyatakan dalam e-mail serba ringkas tersebut, exco utama MPP ini tidak pernah memainkan peranan dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan tidak seiring dengan slogan yang dikempenkan oleh puak Pro-Kebajikan untuk menjaga kebajikan mahasiswa.




“Apa yang amat saya terkilan, respon yang saya terima berkenaan kelewatan PTPTN bagi pelajar semester 3 amat mendukacitakan. Dia (Saudara Zulhilmi) tidak sepatutnya menyuruh saya menelefon PTPTN dan berurusan sendiri dengan JHEPA sedangkan tugas dan tanggungjawab dia (Saudara Zulhilmi) menjaga kebajikan dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh mahasiswa” – Kenyataan yang diemailkan kepada penganalisis.


Respon Penganalisis:

Penganalisis berasa tindakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP 2008/2009 tidak mesra pelajar dan tidak mencerminkan kepimpinan saudara. Melihat kepada isu ini, sepatutnya Saudara Zulhilmi perlu terus berurusan dengan pihak PTPTN sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada JHEPA. Ini menunjukkan tindakan progresif serta kesungguhan saudara menjaga kebajikan mahasiswa.

Rentetan daripada isu ini, penganalisis melihat skop bidang kerja dan tugas Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP seperti melepaskan batuk ditangga. Mengapa penganalisis menyatakan sedemikian, disebabkan pelbagai isu kebajikan mahasiswa di kampus diambil sambil lewa oleh kedua-dua exco berkenaan. Contohnya, kekurangan kafetaria di Kolej Kediaman Za’ba dan Kolej Kediaman Ungku Omar, tiada tindakan dan pantauan kekurangan bas kitaran pada minggu pertama kuliah, tiada pemantauan harga makanan yang mahal di kafetaria dalam kampus dan pelbagai lagi.

Penganalisis: Jika inilah hasil 9 bulan berkhidamat menjaga kebajikan MAHASISWA, lebih baik UPSI ini tiada MPP. Sebab, semua kerja diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Jadi mana peranan anda sebagai seorang pemimpin? Inikah yang dinamakan perjuangan REVOLUSI menjaga kebajikan MAHASISWA?

2 comments:

Anonymous said...

PTPTN x masuk tu sebab kerajaan duk salur ke MU. mane tak nyer, tepon pon x berangkat, emel plak cam kene blog.. Lu jgn nak libatkan budak sem 3 la wei.. blog hampeh betul.. saje nak cari pasal lagi. mungkin nak kene sekali lagi macam cintaupsi.hampeh.raimi.com!

zulfahmi said...

ahahaha..
yer..
memang pun...
Duit rasuah kat MU pun xbayar lagi.
tu yg mengamuk org manek urai..
Wei tali barut UmNOgOk...
korg mmg bodoh la

Post a Comment