UPSI : Pro Aspirasi (Pro Kualiti) vs Pro Mahasiswa (Pro Kebajikan)

Oktober ini mahasiswa universiti sekali lagi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk memilih pemimpin mereka di kampus. Bahang pilihan raya kampus sudah semakin terasa kini apabila beberapa blog sudah memalukan kompang PRK menyebabkan bahang PRK semakin terasa.

Tahun lalu mahasiswa Aspirasi telah berjaya menguasai IPTA kecuali beberapa kerusi di universiti seperti UM (20 kerusi), UIAM (17 kerusi), UPM (13 kerusi), UKM (12 kerusi), UPSI (8 kerusi), UTM (10 kerusi) dan USM (6 kerusi) telah membentuk hampir 90 buah kerusi seluruh Malaysia. Ini membuktikan bahawa Mahasiswa Aspirasi lebih relevan kerana masih menjadi majoriti dengan di kebanyakan IPTA dengan jumlah lebih daripada 400 kerusi termasuklah di UPSI apabila Pro Kualiti mendominasi dan menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa di Kampus. Aspirasi telah menewaskan mahasiswa kumpulan pro pembangkang yang pernah mendominasi kampus seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)/ Persatuan Pendidikan Islam (PPI di UPSI), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) yang bertindak sebagai agen PAS, Keadilan dan DAP di dalam kampus.

Selepas pilihan raya kampus 4 September tahun 2003 satu perubahan besar berlaku dalam sejarah politik pilihan raya kampus di Malaysia apabila akhbar media pembangkang sebelum itu seperti Harakah (PAS) sewenang-wenangnya menggunakan istilah pro pembangkang di muka depan akhbar mereka dengan memuji-muji kemenangan pro pembangkang terpaksa mengubah taktik dengan menukarkan nama mahasiswa pro pembangkang dengan istilah ‘Mahasiswa Idealis’(Harakah 5 September) untuk menutup malu di atas kekalahan pro pembangkang di 15 IPTA. Penguasaan mahasiswa Aspirasi ini berterusan sehingga sekarang. Di UPSI, Pro mahasiswa dilabel sebagai Pro Kebajikan.

Bagaimanapun terdapat mahasiswa yang masih keliru dengan istilah Mahasiswa Aspirasi dan Mahasiswa Pro pembangkang atau Pro Kebajikan. Pada penganalisis, perkara ini perlu dijelaskan agar mahasiswa di universiti tidak tertipu dan terpesong oleh mahasiswa pro pembangkang atau Pro Kebajikan yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Bagaimana kita mahu mengenali perbezaan diantara kedua-dua kumpulan ini?

Nyah! sampahkan gerakan mahasiswa era 70an yang tentunya berbeza dengan hari ini. Tahun 2003 (Tsunami PRK) sehingga sekarang merupakan era penguasaan mahasiswa Aspirasi di kampus. Budaya pilihan raya kampus dengan politik yang lebih rasional telah menunjukkan betapa mahasiswa Aspirasi yang menyokong dasar universiti dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka di kampus. Mahasiswa pro pembangkang atau Pro Kebajikan pula membawa budaya politik emosional. Segala dasar universiti ditentang secara membuta tuli tanpa kajian, pemerhatian dan perbincangan.

Mahasiswa aspirasi amat jelas lebih suka berbincang dengan pihak universiti dan kerajaan jika terdapat isu yang berlaku yang perlu ditangani segera. Mahasiswa Aspirasi menjadikan program kebajikan menjadi fokus utama tetapi mahasiswa pro pembangkang lebih berminat dengan isu-isu politik disekeliling mereka khususnya yang melibatkan parti pembangkang. Mahasiswa pro pembangkang seringkali menubuhkan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan universiti atau pendaftar pertubuhan seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), Universiti Bangsar Utama dan Persatuan Demokrasi Pemuda Malaysia (DEMA).
PERHATIAN!
KESEMUA PERTUBUHAN DI ATAS ADALAH PERTUBUHAN HARAM. JUSTERU MANA-MANA MAHASISWA YANG TERLIBAT DIMINTA SUPAYA TIDAK MENYERTAI SEBARANG AKTIVITI ANJURAN PERTUBUHAN BERIKUT KERANA MENGELAKKAN DARIPADA DIAMBIL TINDAKAN DIBAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG AUKU 1971.


Bagi mahasiswa Aspirasi demontrasi bukanlah cara terbaik. Rundingan dan perbincangan tidak bermakna mencerminkan mahasiswa aspirasi takut. Ini mencerminkan kematangan mahasiswa Aspirasi sebelum bertindak serta melambangkan skop kerja yang lebih professional bukannya emosional.

Persoalannya mampukah demonstrasi mahasiswa menyelesaikan masalah? Demontrasi mahasiswa pro pembangkang seperti Demontrasi Mendesak PM Letak Jawatan pada november 1998 oleh GAMIS di lebuh raya persekutuan UM, Perhimpunan Haram Pelancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA tahun 2001 di Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam anjuran GAMIS, PMIUM, dan MPMUM dan Demontrasi Mansuhkan ISA Masjid Negara 2001 anjuran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), PKPIM, GAMIS, PAS, DEMA dan UBU dipengaruhi oleh sentimen emosional telah merosakkan pemikiran mahasiswa. Mahasiswa pro pembangkang atau Pro Kebajikan telah dperalatkan pembangkang dalam demontrasi ini. Inikah mahasiswa yang perlu dicontohi? Semua program mahasiswa pro pembangkang ini mencemarkan imej universiti di mata umum dan mengancam keselamatan Negara.

Perbezaan paling jelas antara Mahasiswa Aspirasi dan pro pembangkang atau Pro Kebajikan ialah dari segi program latihan kepimpinan. Mahasiswa Aspirasi menjadikan penglibatan dalam politik kampus sebagai medan latihan melatih kepimpinan. Gerakan mahasiswa pro pembangkang menjadi pusat perkaderan PAS di kampus seperti yang berlaku kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di IPTA.


PMIUM (PMI di UPSI) terbukti melahirkan pemimpin muda PAS melalui bimbingan latihan PAS seperti Mohd Hafeez Ab. Samad, Presiden PMUM 1999/2000 (bekas exco PMIUM) kini sebagai Pegawai Eksekutif Pejabat Agung PAS, Taman Malewar, Mohd Nazri Chik Timbalan Presiden PMIUM 1999/2000, dipilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 2005/07, Mohd Izwan Hj Mohd Yusof, Presiden PMIUM sesi 2001/2 menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden PMIUM sesi 1999/2000 yang menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Misbahul Munir Masduki , Presiden PMIUM sesi 1986/87 yang kini Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Khoirol Anwar Mat Zuki @ Mat Sabu Presiden PMIUM sesi 2003/04 yang kini Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Ramadhan Fitri Ellias Presiden PMIUM sesi 2004/05 yang menjadi Presiden Gambungan Mahasiswa Semenanjung Malaysia (GAMIS) dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Pertubuhan haram yang menjadi pendokong PAS.


Di UPM, PMIUPM sudah melahirkan pemimpin PAS seperti Mohd Nazri Din, Naib Presiden PMIUPM yang bertanding sebagai calon PAS di DUN Kubu Gajah, Perak pada pilihan raya 2004. Semua ini jelas membuktikan betapa mahasiswa pro pembangkang adalah tempat perkaderan kepada parti politik khususnya parti PAS.


Penganalisis tidak ingin membuat sebarang kesimpulan, kerana anda sebagai seorang mahasiswa BITARA mesti mampu berfikir secara waras dan membuat pertimbangan bijak serta melakukan permilihan yang terbaik untuk diri, universiti dan Negara. Sebarang anasir yang merosakkan pemikiran mahasiswa seperti PMI (PPI di UPSI) yang direkrut untuk melatih pemimpin parti seharusnya ditolak secara muktamad. Janganlah kita mengkhianati universiti dan negara yang berjasa kepada kita.


Penganalisis: Hah! Terkejut tak dengan pendedahan penganalisis lagi. Kepada Saudara Akhmal Mahatzir yang ingin terjebak ke kancah GAMIS tu (sumber : www.upsikini.blogspot.com), bawa-bawalah beristighfar. Ke da tak sabar menjadi anggota GAMIS supaya boleh menjadi pemimpin muda PAS. Hehehe…

2 comments:

Anonymous said...

2011..giliran aspirasi gigit jari di ipta utama.wlpun dgn bntuan HEP,Pemuda dan Puteri, aspirasi gagal menambat mahasiswa di um,ukm,uia..usm ada peningkatan baik..
tulisan saudara pada 2009 telah GAGAL menjatuhkan pro mahasiswa kerana fahaman sempit saudara
proM bukan pro pembangkang mahupun antikerajaan tetapi dilihat oleh mahasiswa secara umumnya group yg berani memperjuangkan nasib mahasiswa..tidak seperti proA yg terlalu penakut dengan AUKU tetapi tidak brdasarkan undang2 dalam AUKU sendiri..
mungkin tiba masanya umno keluar dari ipt dan biarkan mahasiswa sndiri mencorakan aspirasi mereka..aspirasi mahasiswa dan aspirasi universiti bukannya aspirasi umno

CikGU aMy-Rule said...

Pro Mahasiswa innyaALLAH akn bangkit mmperjuangkan hak mahasiswa..diharapkan PRU UPSI 2012 brjalan dengan dasar yg adil dan amanah...

Post a Comment